Rehlah akhawat ISMA Kedah ke Perlis
Pada 14 jun 2008 yang lalu, satu program rehlah ke negeri Perils telah diadakan oleh Biro Wanita ISMA Kedah. Objektif utama program adalah untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan akhawat ISMA Kedah disamping melawat tempat-tempat menarik di negeri Perlis. Program bermula dengan semua akhawat berkumpul di Tadika Nur Tasneem di Alor Star bermula jam 7.30 pagi. AJK telah memberi taklimat tentang perjalanan rehlah dan membahagikan akhawat mengikut kenderaan masing-masing. Akhawat juga diberi keratan Hadith ke-20 daripada Matan Arba’in Imam Nawawi untuk dihafal oleh semua akhawat sepanjang permusafiran kami ke negeri Indera Kayangan. Ukhti Junainah telah mengetuai bacaan doa memohon agar perjalanan kami diberkati dan dilindungi Allah.
Rombongan mula bergerak ke Gua Kelam pada jam 8.00 pagi. Sebanyak 7 buah kereta dengan membawa lebih kurang 45 orang (termasuk kanak-kanak) tiba di Gua Kelam lebih kurang jam 10.00 pagi. Setibanya di sana semua akhawat dan anak-anak bersarapan dengan bekalan yang dibawa. Alhamdulillah memang terasa nikmat apabila makan ketika perut sedang lapar, apatah lagi dikelilingi suasana dan pemandangan yang mengasyikkan.
Selesai mengisi perut, perjalanan menelusuri Gua Kelam pun bermula. Jambatan kayu yang didibina merentasi Gua Kelam menjadi laluan kepada kami dalam menghayati keindahan ciptaan Illahi. Deruan air di bawah jambatan yang mendasari batu-batuan gua dengan pelbagai corak, bentuk dan warna menjadi binaan yang begitu gah dan mempersonakan. Benarlah firman Allah di dalam surah Al-Anbiya’:31
“dan Kami telah menjadikan dibumi ini gunung-gunung yang kukuh agar ia (tidak) goncang bersama mereka, dan Kami jadikan (pula) di sana jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk”.
Benarlah, alam semesta menjadi ‘kitab terbuka’ bagi manusia dalam mengenal Tuhannya, selain dari kitab Al-Quran itu sendiri. Kemuncak perjalanan merentasi Gua Kelam adalah aktiviti mandi-manda di sungai berhampiran gua tersebut. Sudah pastinya anak-anaklah yang paling gembira bila dapat bermain di dalam air yang dingin. Di sini juga akhawat diuji dengan acara kuiz sirah Rasulullah yang berkaitan dengan gua.
Rombongan mula melangkah meninggalkan Gua Kelam untuk ke Bukit Ayer pada jam 1 petang. Perancangan ke Bukit Ayer bagaimanapun dibatalkan kerana kami telah tersalah jalan dan akhirnya kami semua sepakat untuk terus ke Taman Ular Negeri Perlis yang merupakan Taman Ular yang menghimpunkan paling banyak spesis ular di Malaysia. Rombongan makan tengahari di sini dengan pelbagai lauk pauk yang cukup menyelerakan yang dibawa oleh akhawat. Kami menggunakan kaedah ‘potluck’ untuk menu makan tengahari kami bagi meminimakan kos. Acara selepas makan tengahari adalah menukar hadiah di mana akhawat mencabut nombor masing-masing dan menerima hadiah mengikut nombor yang telah diperolehi. Walaupun acara ini berjalan dalam suasana yan sangat sederhana namun ia tetap meriah dan yang paling penting adalah keikhlasan setiap akhawat dalam memberi dan menerima hadiah masing-masing.
Selesai solat kami ke destinasi yang terakhir iaitu Kuala Perlis. Di sana akhawat mencuba aneka menu yang ada di situ. Ada yang memilih sate, laksa, sotong goreng tepung dan pelbagai menu yang lain. Kembara kami ke negeri Perlis diakhiri dengan rakaman foto sebagai kenang-kenangan. Kami mula bergerak pulang meninggalkan Kuala Perlis pada jam 7.00 malam. Semoga kembara ini meninigkatkan lagi rasa kebersamaan, ukhuwwah dan kasih sayang diantara akhawat. Jazakumullah khairan kathira kepada AJK dan semua akhawat yan telah memberi kerjasama dalam menjayakan program rehlah kali ini. Mudah-mudahan juga program-program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan, insyaAllah.






salam.
sy berminat dlm aktivit islamic nie.sy berada di sg petani.macam mana saya nk join.
Boleh, xde masalah, sebenarnya kat Penang pun ada PEMBINA, blh sertai mereka di Penang
SALAM, MCM BEST JEK.. ORG YG X DIKENALI MCM SY NE BLEH JOIN X NEXT TIME? SY DOK PENANG
adik boleh contact k.ju 019-5735536
salam, sy plajar upm n nk join progrm ismakedah. but.. how 2 contact?
insyaAllah maybe next time.. yep, kita ada wakil isma di perlis juga..
x nak p pahang ker..?
er… kt perlis ade isma x ?
salam ziarah
alhamdulillah, terima kasih di atas kerjasama semua pihak..
hopefully lepas ni kiter pergi ke negeri lain pula. satu pengalaman yang sangat indah walaupun penat juga seharian tuh…terima kasih juga kepada ‘driver’ dan copilot nyer…yang memang handal-handal belaka