jump to navigation

Perkhemahan Belia Mencapai Matlamat

Kg. Bendangman, Sik-Satu program perkhemahan belia anjuran Persatuan Belia Islam Nasional telah berlangsung dengan jayanya pada 15-17 Mei 2008 lepas. Program yang bertemakan Ke arah Memahami Islam Yang Syumul ini telah disertai oleh lebih kurang 70 belia dari pelbagai IPT sekitar Kedah termasuklah seorang pelajar antarabangsa dari China.

Program ini dimulakan dengan aktiviti pembahagian kumpulan seterusnya diisi oleh slot penyampaian yang membincangkan berkenaan dengan kaedah memahami islam yang syumul dalam rangka usul 20 Imam Hassan Al Banna yang disampaikan oleh pengerusi Pembina Kedah sendiri iaitu Dr. Zulkifli Yusof diikuti dengan beberapa aktiviti lain yang menarik seperti bengkel dan pembentangan kumpulan, aktiviti meredah hutan, tayangan video berkenaan dengan kemelut umat islam, Qiamullail dan yang paling menyeronokkan tentunya aktiviti mandi air terjun.

Rata-rata peserta yang ditemui menyatakan rasa puas hati mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan penyampaian yang diberi serta menyatakan bahawa program ini telah memberi banyak manfaat kepada diri mereka terutamanya dalam aspek pemahaman Islam secara lengkap dan pembinaan sahsiah peribadi.

Comments»

No comments yet — be the first.