jump to navigation

WMR08:Wacana Motivasi Remaja 2008

Kuala Nerang, 26 April 2008- Bertempat di Kem Perik, Kuala Nerang telah berlangsung satu program motivasi anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara pada 24-26 April 2008. Program yang mensasarkan matlamat mengasah kepimpinan di peringkat sekolah telah menyaksikan penyertaan seramai 110 pelajar lelaki dan perempuan daripada SBP,MRSM dan sekolah agama terpilih di negeri Kedah. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SM Sains Sultan Abdul Halim (SEMSAH), SMS Pokok Sena (SAINA), SBPI Kubang Pasu, MRSM Pendang, MRSM Kubang Pasu, Maktab Mahmud Alor Star, Maktab Mahmud Yan dan SMK Paya Kamunting.


Progam yang diisi dengan empat slot ceramah kepimpinan daripada penceramah yang berpengalaman turut memuatkan beberapa acara lain yang menarik seperti jungle tracking, sukaneka dan pembentangan pimpinan di sekolah masing-masing,slot pembentangan bengkel menyaksikan percambahan idea yang luas disamping menyerlahkan ketokohan dikalangan para peserta.

Ketua Perhubungan ISMA Kedah, Ust Dr Ridzuan Ahmad telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup. Di dalam ucapannya,beliau menekankan kepada para peserta hakikat kepimpinan yang tidak lahir dengan sendiri tetapi memerlukan usaha untuk mengasahnya. Beliau juga mengingatkan bahawa remaja adalah penentu masa depan negara manakala acuan Islam adalah acuan yang terbaik untuk melahirkan pemimpin.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta dan cenderahati daripada KRIM kepada wakil sekolah yang mengambil bahagian.

Wacana Motivasi Remaja

Comments»

No comments yet — be the first.