Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kedah

Entries categorized as ‘Wanita & Keluarga’

MUKHAYYAM KHARIJI 2009

24 November, 2009 · Leave a Comment

Alhamdulillah tanggal 20 hingga 22 November 2009, Biro Wanita ISMA Kedah telah menganjurkan Mukhayyam Khariji 2009 bertemakan “Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis”. Program yang bertempat di Baitul Adiyati, Jitra ini telah berjaya menautkan kembali hati 28 orang akhawat bersama hampir 20 orang anak-anak.

 

Tirai Mukhayyam Khariji 2009 dibuka pada jam 7.00 petang dengan solat Maghrib berjemaah dan bacaan Al-Mathurat. Kemudian makan malam diadakan secara “potluck”. Kemeriahan terasa tatkala menikmati  pelbagai aneka juadah yang dihidangkan. Usai solat Isyak, taklimat ringkas berkenaan perjalanan program diadakan. Para peserta diminta memilih nama kumpulan dan ditulis di atas kad manila, seterusnya ditampal pada dinding. Dari semasa ke semasa pihak urusetia akan menampal sticker berwarna yang setiap satunya mempunyai nilai tersendiri. Para peserta dikehendaki mengutip seberapa banyak sticker untuk ditampal pada kad manila kumpulan masing-masing. Lagu tema mukhayyam turut diperkenalkan iaitu “Sunnah orang berjuang”.

 

 

Acara diteruskan lagi dengan tayangan video yang bertepatan dengan tema “Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis”. Tayangan yang mengambil masa selama 45 minit ini memaparkan kompilasi beberapa video berkenaan perjuangan telah membuka minda, menambah ilmu para peserta dan menyemarakkan lagi semangat untuk terus istiqamah di lapangan dakwah ini. Program hari pertama mukhayyam diakhiri dengan tadarus Al-Quran secara berkumpulan.

 

Hari kedua dimulakan dengan pembangunan rohani melalui qiam fardhi dan jamai’e. Selepas solat Subuh dan bacaan Al-Mathurat, Ukhti Rohaida telah menyampaikan kuliah Subuh yang bertajuk “Baitul Muslim”. Walaupun mengambil masa yang singkat namun ia berjaya meruntun hati para peserta. Sesi “Ice-Breaking” diadakan tidak lama kemudian. Permainan dimana para peserta perlu berkumpul berdasarkan beberapa kriteria seperti umur, bulan kelahiran, bilangan adik beradik, warna baju yang dipakai dan sebagainya secara tidak langsung telah memberi peluang kepada para peserta untuk bertaaruf di antara satu sama lain. Permainan kedua ialah “sarang labah-labah”. Para peserta hendaklah bertaaruf sesama ahli kumpulan dan setiap soalan yang ditanya tali perlu diikat pada jari dan diberikan kepada orang lain. Ia berterusan sehingga membentuk sarang labah-labah. Aktiviti ini turut megeratkan ukhuwwah di kalangan peserta.

 

Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah “Ilhamku Anugerah dariNya” dimana setiap kumpulan telah diberi tugasan untuk menggubah buah tembikai mengikut kreativiti masing-masing dalam masa 2 jam. Hasil gubahan dari setiap kumpulan amat mengejutkan dan membanggakan. Dalam waktu yang sama, para peserta turut sibuk mencari sticker yang tersembunyi di sana sini.

 

Pada jam 12.00 tengahari, akhawat telah membuat rombongan ke walimah Ukhti Noorhafizah di Alor Star. Semoga pengantin berbahagia dan terus bersemangat dalam meneruskan dakwah. Usai menjamu selera, perjalanan diteruskan ke Pejabat ISMA untuk slot bersama Ustaz Rusydan. Walaupun tanpa tajuk yang spesifik, Ustaz Rusydan berjaya menarik perhatian setiap peserta untuk tidak berganjak dari tempat duduk. Penyampaian yang bersahaja tetapi padat dengan informasi amat berharga dan menjadi panduan yang tidak ternilai untuk akhawat semua. Biro Wanita ISMA Kedah turut mengalu-alukan kehadiran akhawat dari Pulau Pinang yang turut menghadiri slot bersama Ustaz Rusydan. Jazakillah di atas kesudian untuk bersama-sama memeriahkan majlis.

Aktiviti seterusnya ialah gotong-royong membersihkan pejabat ISMA dan seterusnya para peserta kembali ke Baitul Adiyati untuk Solat Maghrib dan makan malam. Selepas solat Isyak diadakan pengisian seterusnya oleh Ukhti Maslinah yang bertajuk Ukhuwah Fillah. Walaupun tajuk ini biasa dibincangkan namun Ukhti Maslinah telah berjaya mengupasnya dengan cara tersendiri dan menarik sekali. Sebelum bertadarus, para peserta telah diedarkan sampul yang berisi nama peserta dan setiap peserta dikehendaki menulis surat kepada pemilik nama pada sampul surat yang diterima sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.

 

Program hari terakhir juga dimulakan dengan pengisian rohani. Tazkirah Subuh telah disampaikan oleh Ukhti Adiyati yang bertajuk “Kemanisan Bermujahadah”.Selepas bersarapan dan berkemas tirai Mukhayyam Khariji 2009 akan dilabuhkan. Sesi –penyampaian hadiah diadakan untuk para pemenang. Juara keseluruhan disandang oleh kumpulan Mujahidah diikuti oleh Az-Zahra, Aishah Humaira’ dan Shoutul Mujahidah. Pada ketika ini juga majlis penyerahan surat kepada pemiliknya telah diadakan. Kemudian kalimah akhirah telah dilaksanakan oleh Ukhti Junainah, Ketua Biro Wanita ISMA Kedah dan sebelum itu video keseluruhan program telah ditayangkan untuk menyingkap memori sepanjang program Mukhayyam Khariji 2009.

 

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat daripadaNyalah program ini berjaya dilaksanakan. Diharapkan semoga setiap peserta mendapat manfaat dan membawa pulang kenangan yang manis serta menyemarakkan lagi semangat untuk terus berjuang. Sesungguhnya “Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.”

Hasna Al-Hasanah

Categories: Wanita · Wanita & Keluarga

Mukhayyam Dakhili

1 June, 2009 · 1 Comment

Jitra, 28 – 30 Mei – Biro Wanita dan Keluarga ISMA Kedah telah mengadakan program mukhayyam dakhili yang bertema kukuhkan ukhuwwah, mantapkan dakwah! bertempat di Tadika Nur Tasnim, Jitra, Kedah. Berobjektifkan untuk melahirkan wanita muslimah yang berlandaskan qudwah sahabiah, program ini berjaya menarik seramai 30 hadirin terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat usia iaitu dari wanita ISMA sehinggalah kepada akhawat PEMBINA dan akhawat KRIM.

Mukhayyam ini bermula dengan solat Isya’ secara berjemaah kemudian disusuli dengan slot ice breaking. Slot ini menghendaki setiap peserta menghafal nama, asal dan tarikh lahir kesemua peserta. Program pada malam tersebut diakhiri dengan tadarrus Al-Quran secara berkumpulan. (more…)

Categories: Wanita & Keluarga

Ibu Bapa juga Guru

1 March, 2009 · Leave a Comment

Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam didikan anak-anak mereka. Selain guru di sekolah, ibu bapa memainkan peranan sebagai guru yang dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak di rumah secara tidak langsung. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil berat oleh seorang ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak-anak yang soleh atau solehah dalam pembinaan peribadi muslim.

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenal Rabbnya

Salah satu tugas utama ibu bapa adalah mendidik anaknya untuk mengenal Rabb iaitu Allah S.W.T.. Islam menuntut si bapa memperdengarkan azan atau iqamah ke telinga si anak yang baru dilahirkan. Dari saat itulah, bermulanya tugas ibu dan bapa mendidik anak-anak mereka mengenali Allah S.W.T.. Setiap ciptaaan Allah di muka bumi ini sama ada langit, bumi, bintang, matahari dan bulan perlu dijelaskan oleh ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, ibu dan bapa perlu memastikan tumbesaran anak-anak mereka perlu sejajar dengan pengenalan kepada PenciptaNya. Menjadi fitrah semulajadi seorang bayi yang akan terbangun dari tidurnya menjelang subuh hari. Betapa Allah telah menciptakan hambanya untuk melaksanakan salah satu perintah-Nya pada waktu subuh. Selain itu, seorang bayi tidak akan selesa dengan kekotoran yang ada pada dirinya. Inilah hakikat kebenaranNya bahawa Allah menjadikan fitrah seorang manusia agar mencintai kebersihan. Walaubagaimanapu, masih ramai di antara kita yang tidak menyedari hakikat ini dalam pendidikan terhadap anak-anak. (more…)

Categories: Motivasi · Wanita & Keluarga