jump to navigation

Tarbiyyah – Siri 3: Usrah 19 May, 2009

Posted by ismakedah in Tazkirah.
Tags:
add a comment

Usrah ertinya keluarga. Usrah adalah batu-bata yang pertama dalam pembentukan individu, ia adalah  cara yang terunggul untuk mendidik individu secara menyeluruh, mencakupi segenap sudut  dan membentuk individu muslim yang sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Dengan demikian usrah adalah amat penting bagi setiap individu muslim, tidak boleh diabaikannya samasekali.

Rukun –Rukun Usrah

1.  Taaruf

2. Tafahum

3. Takaful (more…)

Meniti Teladan Dakwah Nabi Ibrahim A.S 30 April, 2009

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

Tanpa orang tua siapalah kita. Suatu yang tidak boleh kita nafikan bahawa orag tua; sama ada ibu, bapa, pakcik dan makcik atau ibubapa mertua merupakan orag-orang terdekat dengan kita yang sangat disayangi dan dikasihi. Maka mereka adalah sasaran dakwah yang paling strategik. Mereka mampu menjadi benteng dan memberi sokongan yang kukuh serta padu apabila pendakwah menghadapi saat getir ketika menerima cubaan dan ujian di atas jalan dakwah.

Kisah nabi Allah Ibrahim ‘alaihissalam ketika berdakwah kepada orang tuanya merupakan sebuah sajian yang cukup menarik dan menawan bagi tatapan kita wahai du’at di jalan Allah. Kisah ini tercantum di dalam Al-Quran yang telah menceritakan tentang uslub (cara) yang baik dan menarik di dalam surah Maryam bermula ayat 41 hingga 50. (more…)

Sa’id Bin ‘Amir Al-Jumahy 24 November, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY

“Dia telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah dan Rasul atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin) .

SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang dijatuhkan hukuman tanpa alasan. Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang bersesak-sesakkan. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain. Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak-anak dan pemuda, mengiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam perang Badar.

Ketika tawanan yang mereka iring sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika kalian benarkankan, saya ingin solat dua raka’at sebelum saya kalian bunuh….” Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah). Dia solat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna solatnya itu. Sesudah solat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan solat untuk melambat-lambatkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan solat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup-hidup. Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau
kami bebaskan?” “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri….,” jawab Khubaib mantap. “Bunuh dia…! Bunuh dia…!” jerit orang ramai. Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun! (more…)

Terasakah kita 3 November, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

Terasakah kita

Bila futur membela diri

Sedang kita

Menunding sana sini

Terasakah kita

Bila sahabat diuzuri

Menanti untuk diziarahi

Sedangkan kita terlalu sibuk

Lupa untuk meletakkan ziarah

Sebagai agenda kita pada suatu hari

Terasakah kita

Bila kita tidak diziarahi

Tetapi setiap cuti kita

Habis untuk cuti-cuti kita sahaja

Terasakah kita

Bila walimah kita tidak dikunjungi

Sedangkan kita

Bila ada yang mengundangi

Sarat dengan seribu teka teki

Terasakah kita

Bila ada yang tidak menghargai

Sedangkan kita

Susah untuk menghormati dan memuji

Terasakah kita

Bila ada yang menguzlahkan diri

Sedang kita

Sibuk urusan sendiri

Terasakah kita

Bila ukhuwah mula dikaburi

Sedangkan kita

Masih dengan teori itu ini

Terasakah kita

Bila iman kian menyepi

Sedang kita

Sejuk dalam selimut sendiri

Terasakah kita?.. sensatifkah kita?..

~ Azzahra Julai 2008 ~

Keinsafan (Perbualan antara Iman & Diri) 2 November, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
1 comment so far

Iman : Assalamualaikum bos..

Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak
awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.
VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji
mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa
gaji,tapi banyak gak duit saya habis…Entah ar… (more…)

Tarbiyyah-Siri 2 14 October, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

Tarbiyah

 

Pada bahasa:

التربية لغة : إيصال شىء إلى الكمال تدريجيا.

Ertinya menyampaikan sesuatu ke arah kesempurnaan dengan secara beransur-ansur.

 

Berdasarkan pengertian ini kita dapat simpulkan bahawa tarbiyah adalah proses sesuatu untuk menuju ke arah kesempurnaan. Ianya akan berjalan sedikit demi sedikit dan akhirnya akan lengkap dan sempurna. (more…)

Siri Dakwah For Dummies : Mengapa Berdakwah? 28 August, 2008

Posted by ismakedah in Motivasi, Tazkirah.
1 comment so far

Dakwah, satu kalimah yang mungkin selalu kita dengar dalam kehidupan kita sehari-hari. Mungkin ketika berbual dengan kawan-kawan di pejabat, atau dalam tazkirah di masjid dan surau. Apabila ditanya kepada masyarakat kebanyakan berkenaan pengertian dakwah, maka macam-macam versi pengertian dakwah akan diberi mengikut pemahaman masing-masing. Ada yang mungkin mengertikan dakwah dengan kerja-kerja mengajak orang jadi baik je ataupun ajak orang pergi masjid semata-mata. Ada juga yang memberi pengertian bahawa dakwah ini adalah kerja-kerja untuk mengajak kepada yang makruf dan membanteras kemungkaran. (more…)

Kenapa Palestin? 22 August, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini. (more…)

Artikel bersiri (1) 19 August, 2008

Posted by ismakedah in Motivasi, Tazkirah.
add a comment

Kenapa Kita Memerlukan Kepada Tarbiyyah?

Ramai orang mengetahui bahawa ilmu adalah penting tetapi kebanyakan mereka tidak rajin membaca dan belajar. Ramai orang mengetahui bahawa ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah tetapi masih ramai yang tidak beramal dengan ilmunya. Ramai orang mengetahui tentang besarnya ganjaran menyampaikan ilmu tetapi masih ramai yang tidak menyampaikannya. Semua orang mengetahui bahawa semua amalan perlu ikhlas tetapi jarang sekali kita lihat tanda-tanda orang yang benar-benar ikhlas. (more…)

Tiga hakikat 12 August, 2008

Posted by ismakedah in Motivasi, Seni kehidupan, Tazkirah.
add a comment

Tiga hakikat penting berkaitan dengan dakwah kita yang kita bawa melalui ISMA ini, saya harap saudara fahami dengan sungguh-sungguh. Saya akan menyebutkan dengan ibarat yang ringkas dan pendek supaya mudah diingati. (more…)