Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kedah

Entries categorized as ‘Motivasi’

Ibu Bapa juga Guru

1 March, 2009 · Leave a Comment

Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam didikan anak-anak mereka. Selain guru di sekolah, ibu bapa memainkan peranan sebagai guru yang dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak di rumah secara tidak langsung. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil berat oleh seorang ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak-anak yang soleh atau solehah dalam pembinaan peribadi muslim.

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenal Rabbnya

Salah satu tugas utama ibu bapa adalah mendidik anaknya untuk mengenal Rabb iaitu Allah S.W.T.. Islam menuntut si bapa memperdengarkan azan atau iqamah ke telinga si anak yang baru dilahirkan. Dari saat itulah, bermulanya tugas ibu dan bapa mendidik anak-anak mereka mengenali Allah S.W.T.. Setiap ciptaaan Allah di muka bumi ini sama ada langit, bumi, bintang, matahari dan bulan perlu dijelaskan oleh ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, ibu dan bapa perlu memastikan tumbesaran anak-anak mereka perlu sejajar dengan pengenalan kepada PenciptaNya. Menjadi fitrah semulajadi seorang bayi yang akan terbangun dari tidurnya menjelang subuh hari. Betapa Allah telah menciptakan hambanya untuk melaksanakan salah satu perintah-Nya pada waktu subuh. Selain itu, seorang bayi tidak akan selesa dengan kekotoran yang ada pada dirinya. Inilah hakikat kebenaranNya bahawa Allah menjadikan fitrah seorang manusia agar mencintai kebersihan. Walaubagaimanapu, masih ramai di antara kita yang tidak menyedari hakikat ini dalam pendidikan terhadap anak-anak. (more…)

Categories: Motivasi · Wanita & Keluarga

Siri Dakwah For Dummies : Mengapa Berdakwah?

28 August, 2008 · 1 Comment

Dakwah, satu kalimah yang mungkin selalu kita dengar dalam kehidupan kita sehari-hari. Mungkin ketika berbual dengan kawan-kawan di pejabat, atau dalam tazkirah di masjid dan surau. Apabila ditanya kepada masyarakat kebanyakan berkenaan pengertian dakwah, maka macam-macam versi pengertian dakwah akan diberi mengikut pemahaman masing-masing. Ada yang mungkin mengertikan dakwah dengan kerja-kerja mengajak orang jadi baik je ataupun ajak orang pergi masjid semata-mata. Ada juga yang memberi pengertian bahawa dakwah ini adalah kerja-kerja untuk mengajak kepada yang makruf dan membanteras kemungkaran. (more…)

Categories: Motivasi · Tazkirah

Artikel bersiri (1)

19 August, 2008 · Leave a Comment

Kenapa Kita Memerlukan Kepada Tarbiyyah?

Ramai orang mengetahui bahawa ilmu adalah penting tetapi kebanyakan mereka tidak rajin membaca dan belajar. Ramai orang mengetahui bahawa ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah tetapi masih ramai yang tidak beramal dengan ilmunya. Ramai orang mengetahui tentang besarnya ganjaran menyampaikan ilmu tetapi masih ramai yang tidak menyampaikannya. Semua orang mengetahui bahawa semua amalan perlu ikhlas tetapi jarang sekali kita lihat tanda-tanda orang yang benar-benar ikhlas. (more…)

Categories: Motivasi · Tazkirah

Tiga hakikat

12 August, 2008 · Leave a Comment

Tiga hakikat penting berkaitan dengan dakwah kita yang kita bawa melalui ISMA ini, saya harap saudara fahami dengan sungguh-sungguh. Saya akan menyebutkan dengan ibarat yang ringkas dan pendek supaya mudah diingati. (more…)

Categories: Motivasi · Seni kehidupan · Tazkirah

Mendung Berarak Kembali

20 July, 2008 · Leave a Comment

Aku sudah terbiasa dengan sinar mentari yang menyinari kehidupanku. Telah berjaya kulupakan mendung-mendung kelabu yang membayangiku tidak lama dahulu.. Aku berjaya melenyapkan bayangan gelap itu walau dengan seribu kepayahan. Namun tiba-tiba mendung berarak kembali. Rintik-rintik hujan telah mula menunjukkan tanda untuk rebah ke bumi. Tidak!!! Aku belum puas merasai sinar itu. Aku belum bersedia untuk menerima kehadiran hujan lebat ini. Kenapa aku harus lalui semua ini?? Kenapa?? (more…)

Categories: Motivasi · Tazkirah

Duka seorang anak

29 May, 2008 · Leave a Comment

Duka Seorang Anak

Cuti sekolah memang sentiasa saya nantikan kerana inilah masanya untuk saya dan keluarga berkesempatan pulang ke rumah ayah bonda tercinta. Walaupun keluarga suami terletak di bandaraya kuala lumpur, tetapi kami tetap mengatakan kepada anak “ kita nak balik kampung”. Jumaat tengahhari bermulalah perjalanan kami pulang ke kampung. Apabila kereta masuk sahaja ke Kuala Lumpur, hati saya terdetik… Oh Kuala Lumpur dimanakah damai mu? Apa tidaknya baru sahaja kami menjejak ke bandar ini, tak semena-mena kami dihon oleh kereta dibelakang… Lambat benarkah kami??? Berada dalam deretan kereta yang bertali arus (kami sampai pada awal malam), benar-benar menyesakkan perasaan… Lantas saya memulakan sembang-sembang bersama suami tercinta. (more…)

Categories: Motivasi

Mulakan…

10 April, 2008 · Leave a Comment

bebek_namaz.jpg

Kiriman Dr. Ridzuan,

Mulakan harimu dengan zikirullah,

Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,

Mulakan doamu dengan alhamdulillah,

Mulakan kerjamu dengan bismillah,

Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,

Mulakan taubatmu dengan keinsafan,

Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,

Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,

Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,

Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,

Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengahkiran yang mulia

Categories: Motivasi