Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kedah

Entries categorized as ‘Krim’

Program cuti sekolah KRIM

14 November, 2009 · Leave a Comment

MARI MENGHAFAL

MANFAATKAN MASA CUTI ANDA BERSAMA KELAB REMAJA ISMA

KELAB REMAJA ISMA ( KRIM ) MENGAMBIL KESEMPATAN DI MASA CUTI SEKOLAH INI UNTUK MENGAJAK REMAJA-REMAJA MEMANFAATKAN MASA CUTI MEREKA DENGAN MENGHAFAL SURAH-SURAH PILIHAN DI DALAM AL-QURAN.

HARI         : AHAD—KHAMIS

MASA       :  8 a.m – 10 a.m

TARIKH     : 1 – 31 DISEMBER  2009

TENTATIF  : MENGHAFAL QURAN ,

TAZKIRAH (5-10 MINIT)

BAYARAN  : RM15

TEMPAT    : 75C, TADIKA NUR  TASNIM ,

TAMAN PULAI  JAYA, JALAN

LANGGAR, ALOR SETAR.

SURAH—SURAH PILIHAN :

  • AS SAJADAH
  • AL INSAN
  • AL MULK
  • AL JUMAAH
  • AL MUNAFIQUN
  • AS  SHAFF
  • AR RAHMAN
  • AL WAQIAH
  • DAN SURAH –SURAH LAIN

SYARAT :

  • LELAKI
  • UMUR 12—17 TAHUN
  • BOLEH MEMBACA ALQURAN

HUBUNGI :

SAUDARA HABIB :

0194557813

“BERSAMA MEMBINA GENERASI HARAPAN”

KRIM LOGOKelab Remaja ISMA


Categories: Krim

Jambori Remaja Muslim Nasional 2009 – Muda untuk Berjasa

14 June, 2009 · 6 Comments

peserta jambori Kedah bersama fasi
Peserta jambori Kedah bersama fasi
pertandingan kawad
Pertandingan kawad

Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) buat julung kalinya berjaya menganjurkan Jambori Remaja Muslim Nasional bertempat di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 6 hingga 9 Jun 2009. Bertemakan “Muda untuk Berjasa”, jambori kali ini berjaya mengumpulkan hampir 300 orang remaja lelaki seluruh Malaysia untuk berkampung selama 4 hari 3 malam di Hutan Lipur Ulu Bendul.

KRIM cawangan negeri Kedah tidak ketinggalan untuk sama-sama menyahut cabaran menyertai jambori ini. Pasukan KRIM Kedah dengan kekuatan peserta seramai 34 orang bersama dua orang pengiring telah bertolak ke Negeri Sembilan dengan menaiki bas sewa khas pada jam 10 malam 5 Jun 2009 dan tiba di tapak jambori tepat jam 9 pagi pada 6 Jun 2009. Selesai urusan pendaftaran, para peserta diminta mendirikan khemah yang akan menjadi tempat penginapan jambori berlangsung. Sementara menunggu ketibaan peserta-peserta lain, peserta jambori Kedah sempat bertaaruf sesama sendiri yang rata-ratanya baru kali pertama dikenali. Selepas taklimat program disampaikan oleh pengarah program yang juga merupakan pengarah KRIM pusat iaitu Mejar Nazri, para peserta dipecahkan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan dibantu oleh seorang fasilitator. Sesi ice breaking dan team building yang diadakan pada sebelah petang ternyata berjaya merapatkan ukhuwwah sesama ahli kumpulan. Sebelah malam, diadakan slot pengenalan KRIM dan perasmian lagu baru KRIM yang akan dinyanyikan oleh peserta dalam semua program KRIM selepas ini. Pengisian ringkas tetapi penuh bersemangat  turut disampaikan oleh Mejar Nazri yang berkisar tentang permasalahan remaja masa kini.

sebahagian team kedah 2

Sebahagian team Kedah

 Hari kedua program, peserta telah bangun seawal jam 4 pagi untuk melaksanakan solat tahajjud berjemaah. Bacaan ma’thurat mengambil tempat selepas solat subuh dan dibaca beramai-ramai secara berkumpulan. Selepas senaman pagi dan latihan kawad, para peserta diuji ketahan fizikal mereka dengan mendaki Gunung Angsi yang terletak bersebelahan dengan tapak jambori. Selepas solat Zohor dan makan tengahari, diadakan pertandingan kawad, membina kubu dan memasak. Kreativiti dan bakat terpendam para peserta berjaya dicungkil dalam ketiga-tiga pertandingan yang dijalankan ini dan para peserta begitu bersemangat bagi memastikan kumpulan masing-masing memenangi pertandingan yang dijalankan. Pada sebelah malam hari kedua, para peserta diberi peluang untuk berbincang tentang persembahan kumpulan masing-masing dalam Malam Kesenian Islam yang bakal diadakan pada keesokan malam. Slot ringkas bersama ’lilin’ juga turut diadakan pada malam tersebut. 

senaman pagi

Senaman Pagi

Senaman pagi pada hari ketiga turut diadakan seperti pada hari kedua. Selesai sarapan pagi, para peserta mula bergerak ke luar tapak jambori untuk menyertai aktiviti amal khidmat masyarakat di masjid dan tanah perkuburan berhampiran dengan memakai baju jambori. Selepas solat Zohor, diadakan tiga pertandingan sukan iaitu war game, ball game dan water game. Ketiga-tiga permainan tersebut nyata memberi satu pengalaman baru kepada para peserta dan semangat kesukanan yang ditunjukkan ternyata membanggakan para urusetia walaupun setiap kumpulan berusaha untuk memenangi setiap pertandingan yang dipertandingkan. Malam Kesenian Islam yang diadakan pada sebelah malamnya yang turut dihadiri oleh Presiden ISMA dipenuhi dengan 1001 mesej dan iktibar untuk para remaja. Mesej yang disampaikan secara spontan melalui sketsa dan nasyid oleh setiap kumpulan peserta yang kebanyakannya berkisar tentang permasalahan remaja masa kini berjaya menambat hati para hadirin dan seterusnya meningkatkan kesedaran para remaja akan peri pentingnya menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia demi mencapai kejayaan di dunia mahupun akhirat. Kumpulan Huzaifah dari negeri Kedah yang menamatkan persembahan mereka dengan bacaan doa yang penuh syahdu oleh saudara Fuad berjaya menggondol tempat kedua untuk malam kesenian tersebut.  

slot bersama Aman Palestin

Slot bersama Aman Palestin

Pagi hari keempat, aktiviti dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan ma’thurat secara berkumpulan. Slot tazkirah subuh diisi oleh Cikgu Ismail yang juga merupakan pengarah KRIM negeri Johor. Tazkirah yang berkisar tentang hati yang disampaikan secara bersahaja dan deselang-seli dengan aktiviti ringkas itu berjaya menarik minat semua peserta dan urusetia. Selesai bersarapan, perunding Aman Palestin, Prof. Madya Dr. Zainurrasyid mengisi slot seterusnya yang banyak berkisar tentang perjuangan remaja di Palestin dalam membebaskan tanahair mereka. 

Majlis punutup Jambori Remaja Muslim Nasional 2009 pula disempurnakan oleh wakil pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Turut hadir dalam majlis penutup tersebut ialah Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden ISMA dan ketua kampung juga merangkap imam masjid Ulu Bendul. Pasukan kawad KRIM Kedah selaku johan kawad jambori kali ini turut diberi penghormatan untuk diperiksa perbarisan oleh wakil JHEAINS. Selain ucapan perasmian penutup, penyampaian hadiah juga diberikan kepada semua pasukan berdasarkan ranking keseluruhan jambori. Pasukan Huzaifah berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan daripada 12 pasukan dan lebih membanggakan, saudara Fadhil yang mewakili KRIM Kedah telah dinobatkan sebagai peserta terbaik keseluruhan untuk jambori kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta amnya dan pasukan KRIM Kedah khususnya.

peserta terbaik (saudara fadhil)

Peserta terbaik (saudara Fadhil)

KRIM Kedah mengucapkan tahniah kepada barisan urusetia jambori yang berjaya mengendalikan perjalanan jambori dengan begitu baik dengan dibantu oleh hampir 20 orang fasilitator berpengalaman dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang rata-ratanya merupakan penuntut di institusi pengajian tinggi tempatan. Kepada adik-adik peserta khususnya dari Kedah, kami mengharapkan ukhuwwah yang terjalin sesame peserta dapat diteruskan dan dirapatkan lagi dan sentiasa bersedia menzahirkan motto KRIM dalam kehidupan harian iaitu ‘ motivasi, iltizam, jatidiri ‘.   

 Mohd Khalil Hashim

Penolong Pengarah

KRIM Kedah

Categories: Aktiviti · Krim

Remaja bermotivasi tinggi setelah menyertai WMR 2009

28 April, 2009 · 2 Comments

Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) zon utara sekali lagi berjaya menganjurkan program Wacana Motivasi Remaja (WMR) bagi siri kedua bertempat di University Inn, UUM pada 9 – 11 April yang lalu. Program selama 3 hari 2 malam ini telah mengumpulkan pimpinan-pimpinan pelajar badan agama Islam sebanyak 14 buah sekolah di seluruh negeri Kedah dengan jumlah pelajar mencecah 100 orang pelajar putera dan puteri. Empat jenis sekolah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MARA), sekolah aliran agama dan sekolah harian biasa telah dijemput untuk menyertai program ini. (more…)

Categories: Aktiviti · Krim

Bersukan dan Berukhuwwah di SURE MUSLIMAH!

26 March, 2009 · Leave a Comment

Di celah-celah kesibukan cuti sekolah, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan negeri Kedah buat julung-julung kalinya telah berjaya menganjurkan Sukan Remaja Muslimah (SURE MUSLIMAH!) pada 14 Mac 2009 yang lalu. Program yang mempertandingkan sukan bola jaring ini telah diadakan di gelanggang bola jaring Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR), Jitra, Kedah.

(more…)

Categories: Aktiviti · Krim

SURE Muslimah!

28 February, 2009 · Leave a Comment

Buat julung-julung kalinya, KRIM Kedah akan menganjurkan:

sure-muslimah-copy3

Bayaran penyertaan: RM5 seorang shj!!!

Categories: Aktiviti · Krim

Kem Lepasan SPM Kedah 2008

27 November, 2008 · 1 Comment

Kelab Remaja Isma Kedah (KRIM) buat pertama kalinya akan menganjurkan:

KEM LEPASAN SPM 2008

Tarikh: 18 -20hb Disember, 2008 (Khamis – Sabtu).

Tempat: Kem Sintok, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tempoh: 3 hari & 2 malam

Yuran peserta: RM50 seorang

Peserta: Pelajar lepasan SPM 2008

PENGENALAN

Kem Lepasan SPM 2008 merupakan program yang pertama kali dianjurkan oleh KRIM Kedah bagi pelajar-pelajar lepasan SPM di seluruh negeri Kedah khususnya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM untuk menentukan hala tuju pendidikan masing-masing ke peringkat pengajian tinggi tidak kira sama ada di luar negara ataupun tempatan. Program ini juga diharapkan akan membuka ruang kepada KRIM untuk membina hubungan baik dengan pelajar-pelajar sekolah. (more…)

Categories: Aktiviti · Krim

Yahoo! I am a Muslim!

24 August, 2008 · Leave a Comment

Pada 16 Ogos 2008 yang lalu, bertempat di Dewan Mahsuri, Jitra, Kedah, Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Kedah telah berjaya menganjurkan program Yahoo! I am a Muslim!. Program yang diadakan sempena cuti sekolah ini telah menarik seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 hingga 5 di sekitar negeri Kedah. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan kesedaran dan rasa cinta kepada agama selain dapat membina ukhuwah antara remaja dan ahli-ahli KRIM Kedah. Selain itu, program ini juga sedikit sebanyak dapat memperkenalkan KRIM kepada remaja terutama di negeri kedah. (more…)

Categories: Aktiviti · Krim

YAHOO! I am a MUSLIM!!!

6 August, 2008 · 5 Comments

Kelab Remaja ISMA Kedah sekali lagi akan menganjurkan program pada cuti sekolah nanti:

(more…)

Categories: Aktiviti · Krim

Laporan Kem Ibadah SMSAH

1 August, 2008 · Leave a Comment

Pada 10 Julai, 2008 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Guru Panatia Agama dan Kaunselor Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH) telah menganjurkan Kem Ibadah 2008 yang berlangsung selama dua hari satu malam. Program ini melibatkan seramai 125 orang pelajar tingkatan lima yang bermula pada petang Khamis dan berakhir selepas solat Jumaat. Antara objektif progam ini adalah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. (more…)

Categories: Aktiviti · Krim

Wahai Generasi Muda!

1 July, 2008 · Leave a Comment

(Nasihat Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas ra)

“Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah keringlah lembaran” diriwayatkan dari Ibnud Abbas oleh Imam At Tirmidzi, katanya: Hadith hasan sahih. (more…)

Categories: Krim · Pembina · Tazkirah