Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kedah

Entries categorized as ‘Aktiviti’

Jahiliah apakah ini?

19 October, 2009 · Leave a Comment

buang bayi

atas dosa apakah mereka dibunuh, dibuang bagai sampah? dimanakah para penyelamat umat ini?

******************************************************************************************************************

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

 

“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

Categories: Aktiviti

Dakwah Untuk Semua

19 October, 2009 · Leave a Comment

 BendangMan 119

“Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik; Sesungguhnya tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang sesat dari jalannya dan dialah jua yang mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk” (An Nahl : 125-126)

Dakwah adalah tujuan hidup terbesar bagi seorang mu’min. Dakwah bukan hanya menyeru manusia solat 5 waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji sahaja. Dakwah juga tidak hanya terhad dalam menyeru manusia kepada aktiviti-aktiviti kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemunkaran sahaja, tetapi makna dakwah adalah dalam mengajak manusia seluruhnya untuk bebas dari perhambaan sesama manusia dan menjadikan sistem Allah yang sempurna sebagai satu-satunya cara hidup bagi manusia seluruhnya.

Dakwah bukanlah milik ustaz-ustaz lulusan azhar, imam-imam dan AJK masjid, aktivis NGO islam, dan badan-badan agama sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab bagi setiap muslim. Setiap muslim yang faham akan agamanya tidak perlu merasa malu untuk menerangkan tentang kebaikan Islam dengan apa jua cara sekalipun. Dakwah tidak hanya terhad setakat berceramah, berusrah, berqiamullail dan aktiviti-aktiviti masjid sahaja, dakwah adalah mengajar manusia tentang kesempurnaan Islam dalam segenap aspek kehidupan manusia.

Setiap muslim boleh melakukan dakwah dengan cara masing-masing dan kemahiran masing-masing yang tersendiri. Ada yang mahir berkata-kata, berdakwahlah dengan lisan, ada yang mahir menulis, berdakwahlah dengan penulisan cerpen, syair, novel atau apa sahaja, ada yang mahir melukis, hasilkanlah karya-karya komik islam yang membimbing manusia kearah kebenaran, ada yang mahir dalam adobe photoshop, flash atau 3D Max, berdakwahlah dengan kemahiran seni animasi yang dikurniakan, ada yang mahir  bersosial melalui facebook, friendster, twitter, blogspot dan sebagainya, gunakanlah wasilah itu sebaiknya untuk dakwah, ada yang mahir bersukan, gunakanlah kemahiran sukan untuk dakwah.

Dakwah tidak semestinya dengan kata-kata atau penulisan sahaja, dakwah juga boleh hadir dalam akhlak yang baik dipadang bola, teladan yang baik di laman facebook, pakaian yang menutup aurat ketika bersosial, memelihara waktu solat ketika mesyuarat, lagu-lagu yang mengajak manusia kepada tuhan dan seribu macam lagi kepelbagaian dakwah dalam segenap aspek kehidupan manusia.

Dakwah adalah milik semua dan untuk semua, tunggu apa lagi, jom berdakwah!

Mohd Hisham Mohd Sharif

Categories: Aktiviti

ISMA seru umat Islam bersatu pertahankan Al-Aqsa

14 October, 2009 · Leave a Comment

ISMA seru umat Islam bersatu pertahankan Al-Aqsa

Photobucket

Kenyataan Rasmi ISMA Berkait Perkembangan Terkini di Palestin dan Masjid Al-Aqsa

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengikuti perkembangan mutakhir di bumi al-Aqsa dengan penuh prihatin, kebimbangan dan harapan, dengan memanjatkan doa kepada Allah swt semoga pejuang-pejuang Palestin yang mempertaruhkan nyawa mereka dan berada di barisan hadapan bagi mempertahankan tanah suci Islam ketiga itu sentiasa dibekalkan dengan kekuatan dan ketabahan.

Tindakan orang-orang Yahudi menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dan kekejaman polis Israel melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang menentang pencerobohan itu bukanlah pertama kali berlaku, dan bukan juga satu insiden yang dicetuskan oleh puak pelampau Yahudi secara tak terancang, sebaliknya ia merupakan satu siri pencerobohan yang disusun atur oleh regim Zionis sejak mereka menjajahi Baitul Maqdis pada tahun 1967.

Semenjak tarikh itu, mereka terus-menerus berusaha untuk meyahudikan Baitul Maqdis, menghalau penduduk Islam dan Kristian, merubah segala kesan-kesan Islam. Mereka berusaha untuk menghapuskan Masjid al-Aqsa untuk digantikan dengan berhala mereka. Mereka pernah membakarnya pada tahun 1969, merampas Tembok al-Buraq lalu ditukar menjadi Tembok Ratapan.

Keadaan bertambah buruk apabila sikap kerajaan negara-negara Arab dan Islam yang pasif menambahkan lagi kerakusan regim Zionis dan orang-orang Yahudi melakukan tindakan-tindakan mereka yang melampaui batas itu. Bahkan seluruh anggota badan-badan hak asasi manusia di seluruh dunia, juga mereka yang mencintai keadilan dan bersimpati dengan nasib penduduk Gaza yang dibedil Israel pada penghujung tahun lepas, dikejutkan dengan tindakan pelik Pihak Berkuasa Palestin yang menarik balik tuntutan untuk membawa regim Israel ke muka pengadilan dan menangguhkannya selama enam bulan, sedangkan laporan mengenainya telah disempurnakan oleh pasukan yang diketuai oleh Goldstone dan hanya menunggu masa untuk dibentangkan dalam Dewan Hak Asasi Manusia PBB.

Sehubungan dengan itu, Ikatan Muslimin Malaysia menyeru:

1. Para intelektual dan cendekiawan agar menggandakan usaha-usaha penyelidikan dan kajian, mengadakan seminar-seminar, untuk mendalami dengan lebih lanjut tentang fakta-fakta yang sahih mengenai hak milik umat Islam terhadap Baitul Maqdis dan perancangan jahat Zionis-Amerika di bumi Palestin. Seterusnya mereka hendaklah melancarkan usaha yang berterusan untuk menerangkan dan menjelaskan kepada umat Islam, terutamanya di Malaysia, akan hakikat sebenar isu yang menjadi persoalan sedunia sejak lebih 50 tahun yang lalu.

2. Para ulamak agar berterusan mengeluarkan fatwa-fatwa terkini berkaitan perjuangan membebaskan bumi Palestin, tanah suci umat Islam yang ketiga dan kiblat yang pertama ini, serta bekerja keras mengajar dan membangkitkan kesedaran umat Islam tentang kewajiban mereka dari sudut akidah dan syariat yang menuntut segala bentuk sumbangan dan pengorbanan sehinggalah tanah suci yang terjajah ini berjaya dibebaskan.

3. Para ahli politik agar meninggalkan perbalahan dan persengketaan dan memberikan tumpuan kepada isu Palestin yang bukan lagi hanya isu umat Islam, bahkan isu kemanusiaan sejagat. Mereka juga harus mengambil pengajaran daripada isu ini bahawa kepentingan umat dan rakyat hendaklah diutamakan mengatasi kepentingan-kepentingan politik kepartian yang sempit.

4. Seluruh individu muslim agar memulakan usaha untuk membebaskan diri sendiri terlebih dahulu daripada belenggu kecintaan kepada kebendaan, menyemai sifat kasihkan saudara seagama kita melebihi kita mengasihi diri sendiri. Seterusnya segeralah memulakan usaha yang pratikal, dengan menyumbang dalam bentuk wang ringgit, menyebarkan kesedaran kepada orang lain, mendidik anak-anak dan generasi muda akan kepentingan mempertahankan dan berjuang membebaskan tanahair dari segala macam bentuk penjajahan sama ada politik, ekonomi, sosial, pemikiran, akhlak dan sebagainya.

5. Seluruh umat Islam agar terus memanjatkan doa kepada Allah swt dan melakukan doa qunut nazilah di masjid-masjid dan surau-surau bagi memohon kemenangan umat Islam khususnya para mujahidin di Palestin ke atas musuh-musuhnya yang tidak henti-henti melakukan perancangan jahat bagi melenyapkan cahaya Islam dari muka bumi.

Semoga saranan ini mendapat reaksi positif daripada semua pihak. Sesungguhnya Allah sahajalah pemberi hidayah dan taufiq.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Bandar Baru Bangi
20 Syawal 1430H bersamaan 9 Oktober 2009M

Categories: Aktiviti

Iktikaf dan Sumbangan Ramadhan

14 September, 2009 · Leave a Comment

10 Malam terakhir Ramadhan adalah malam yang istimewa, padanya terdapat curahan rahmat dan kasih sayang Allah buat hamba-hambanya yang bertaqwa. Isma Kedah tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan menganjurkan program Iktikaf di Masjid Paya Kelubi Pendang Kedah. Program yang bermula pada 10 dan berakhir pada 12 Ramadhan ini disertai oleh ahli-ahli Isma Kedah dengan disertai oleh penduduk kampung.

Program iktikaf ini turut dijadikan medan untuk ahli-ahli Isma Kedah bertilawah, berzikir malahan berbincang penyelesaian kepada masalah ummah yang makin membarah.

Pada akhir program, pihak Isma Kedah dengan kerjasama jawatankuasa masjid memberi sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada penduduk kampung yang miskin. Moga ikatan persahabatan yang terjalin antara Isma Kedah dan penduduk Kampung Paya Kelubi, Pendang Kedah akan terus berkekalan.

Categories: Aktiviti

Isma Kedah Berbakti di Kuala Nerang

14 September, 2009 · 1 Comment

Kelihatan Ustaz Kashfi, Dr. Kamarun dan Ustaz Hadi sedang bermesra dengan pesakit

Kelihatan Ustaz Kashfi, Dr. Kamarun dan Ustaz Hadi sedang bermesra dengan pesakit

Keberkatan Ramadhan menjemput keinsafan dan menyemarakkan semangat memberi bagi setiap insan. Isma Kedah dengan mengambil semangat Ramadhan mencetuskan program Bakul Ramadhan di hospital Kuala Nerang pada 5 September yang lalu.

Program kelolaan Biro Wanita ini bertujuan untuk membina keinsafan dan menyemarakkan semangat memberi dikalangan ahli Isma Kedah disamping berbakti kepada masyarakat. Rata-rata penghuni wad yang ditemui menyatakan rasa syukur atas pemberian yang diterima walaupun tidak seberapa. Bagi mereka keprihatinan adalah lebih utama. Ada juga pesakit yang tiada waris mengalirkan air mata saat dikunjungi.

Ustaz Kashfi sedang menenangkan pakcik Francis yang sebatang kara

Ustaz Kashfi sedang menenangkan pakcik Francis yang sebatang kara

Walaupun ada pesakit yang berbeza agama, Isma Kedah tetap menghulurkan sumbangan dan melayan mereka dengan mesra. Islam sentiasa menganjurkan perbuatan baik sesama manusia walaupun berbeza agama.

Selepas program di hospital, rombongan Isma Kedah berbakti pula kepada ibu-ibu tunggal dikawasan sekitar Padang Sanai. Sedikit sumbangan yang diberikan moga akan menceriakan hari-hari mereka yang mendatang.

Categories: Aktiviti

Isma Kedah Hayati Semangat Badar

14 September, 2009 · Leave a Comment

Berjalan kaki menghayati semangat badar

Berjalan kaki menghayati semangat badar

Bersempena dengan sambutan ulangtahun peperangan badar, Isma Kedah telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program khusus untuk memperingati semangat perjuangan para sahabat dalam kegetiran suasana Badar.

Walaupun peristiwa Badar telah hampir 1428 tahun berlalu, namun kehangatannya masih dirasakan hingga hari ini di setiap pelusuk bumi. Program Badar Isma Kedah telah dimulakan dengan sesi gotong royong membersihkan pejabat diikuti dengan program “evening walk” sejauh 7 km bagi memperingati suasana keletihan yang dihadapi oleh para sahabat.

Program diteruskan dengan proses penyediaan jamuan berbuka puasa untuk lebih 40 pelajar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (Jenan). Kehadiran pelajar – pelajar ini nyata memeriahkan suasana di pejabat baru Isma Kedah.

Sebahagian pelajar yang hadir

Sebahagian pelajar yang hadir

Program berakhir selepas solat terawih dengan penyampaian tazkirah Badar oleh Ustaz Fisol sebagai aktiviti terakhir malam itu. Moga semangat Badar akan menyuntik semangat ahli Isma Kedah untuk terus beramal menyemarakkan dakwah.

Berjalan kaki menghayati semangat badar

Categories: Aktiviti

Pejabat Isma Kedah tetap Ma’mur di Bulan Ramadhan

14 September, 2009 · Leave a Comment

Pejabat Baru Isma Kedah di tingkat atas sekali

Pejabat Baru Isma Kedah di tingkat atas sekali

Sempena pembukaan pejabat baru ISMA Kedah di Bandar Darulaman, beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sempena Ramadhan untuk mema’murkan pejabat, antaranya adalah majlis berbuka puasa, solat terawih dan tazkirah.

Program ini yang dihadiri oleh ahli-ahli Isma dan kenalan ahli-ahli Isma dirancang untuk menyemarakkan ukhuwwah disamping mendengar siri peringatan yang disampaikan selepas solat terawih bersama di pejabat.

Moga Ramadhan akan menyuntik semangat setiap ahli Isma Kedah untuk terus beramal menyebarkan dakwah suci kepada masyarakat.

Categories: Aktiviti

Mustika Ramadhan

3 September, 2009 · Leave a Comment

Aduh mustika Ramadhan

Betapa ayumu menyapa manusia

Berulit kesabaran

Di celah-celah ayumu lagi

Terselit satu noktah kesedaran

Dan keayuanmu makin terserlah

Dalam pautan kasih insan

Kepada Tuhannya

 

Malam-malammu mengundang keinsafan

Siangmu penuh hubbuban kemesraan

Waimma….sepanjang denyut jantungmu

Rasa kasih untuk ditinggalkan

Dan kasih itu makin terasa

Tatkala azan dilaungkan

Demi yang bernama keredhaan

Peritmu dirasa penuh kemanisan

Lantaran perit mengundang kekhusyukkan

Mustika Ramadhan

Sentiasa dalam pautan

Categories: Aktiviti

BAITUL MUSLIM

4 August, 2009 · Leave a Comment

baitul_muslim

Sempena merasmikan Pejabat ISMA Kedah yang baru, berlokasi di Bandar Darul Aman, Jitra, Biro Wanita ISMA Kedah telah berjaya menganjurkan program Baitul Muslim pada 1 Ogos 2009 lalu. Selari dengan itu sekalung penghargaan juga buat ikhwah-ikhwah  yang bertungkus lumus mengembleng tenaga menyiapkan pejabat baru bagi memastikan program dapat diadakan ditempat baru, yang tentunya memberi lebih keselesaan berbanding yang sebelumnya. Jazakumullah khairan jaza’. 

‘Melahirkan institusi keluarga duah yang berjaya’ telah diangkat sebagai antara objektif pada program yang meraih keanggotaan daripada 30 orang ahli ISMA yang berada disekitar negeri Kedah. Program ini adalah dikhususkan kepada ahli yang telah melalui fasa baitul muslim. Program yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi itu terpaksa ditunda sehingga ke jam 12.00 tengahari berikutan perubahan pada jadual penerbangan penceramah. Sepanjang menanti kehadiran penceramah, majlis dengan dikepalai oleh YDP ISMA Kedah, Dr Zulkifli mengadakan sedikit slot perbincangan sesama hadirin perihal kaedah untuk mendidik anak-anak. Perbincangan berlangsung dengan jayanya dimana para hadirin berkongsi segala ilmu dan pandangan sebagai panduan kepada hadirin yang menyertai program kali ini.

 Slot rasmi pertama bermula kira-kira jam 12.00 tengahari di mana penceramah iaitu Ustaz Anuar b. Soleh membentangkan pengisian yang bertajuk ‘Komunikasi dalam Rumahtangga’. Penyampaian yang bersahaja dengan diselang seli pelbagai tips  yang mengenengahkan tentang perkara yang perlu ada pada setiap pasangan. Antaranya setiap pasangan perlu menguruskan konflik yang wujud dengan cara yang berhemah dan berhikmah. Sepertimana yang adatnya setiap rumahtangga tidak dapat lari dari berhadapan dengan konflik sama ada kecil atau besar. Untuk menghadapinya penceramah menekankan agar setiap pasangan menyenaraikan setiap konflik yang berlaku. Setiap konflik yang wujud haruslah diselesaikan satu demi satu mengikut apa yang telah disenaraikan. Kaedah ini amat penting bagi mengelakkan setiap masalah terpendam dan kelamaan akan dikhuatiri menjadi satu konflik yang lebih besar. Elemen yang perlu ada dalam diri pasangan untuk berdepan dengan konflik seperti berterus terang, mewujudkan situasi menang-menang dan berjanji untuk berubah merupakan batu asas yang penting dalam menjayakan komunikasi sesebuah rumahtangga. Seterusnya majlis membuka soalan kepada hadirin untuk mengemukakan sebarang kemusykilan berkaitan dengan tajuk yang telah dibentangkan.

 Majlis berhenti rehat pada jam 1.00 tengahari untuk memberi laluan kepada solat Zuhur dan makan tengahari. Tepat jam 2.00 petang majlis kembali dihangatkan dengan tajuk yang kedua iaitu ‘Pendidikan Anak-Anak’. Penceramah, Ustaz Anuar Soleh dalam penerangannya, membahagikan tanggungjawab pendidikan kepada tiga peringkat iaitu tanggungjawab sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran.  Fasa sebelum kelahiran adalah bermula dari pemilihan jodoh sehinggalah anak tersebut lahir. Apabila kelahiran terjadi maka bermulalah peranan ibubapa sebagai murabbi dalam mentarbiyah anak serta keluarga. Hadirin ditekankan agar menyemai tarbiyah ruhiyyah ketika diawal usia anak-anak kerana inilah waktu yang terbaik untuk mereka. Sebagai ibubapa kita tidak seharusnya menyekat naluri keanak-anakan anak-anak kita, sebaliknya kita perlu sentiasa bersedia memberi infomasi yang betul terhadap sebarang persepsi yang wujud dalam minda anak-anak ketika diusia sebelum baligh. Sejajar dengan itu ibubapa perlu menyediakan diri kearah situasi tersebut dengan menimba ilmu supaya anak-anak akan tersemai dengan akhlak dan suluk yang terpuji. Setelah anak baligh barulah ibubapa perlu menanam tarbiyah aqliah sebagai pelengkap kepada tarbiyah ruhiyyah yang telah diperolehi sebelumnya. Seterusnya majlis membuka soalan kepada hadirin untuk mengemukakan sebarang kemusykilan.

Di akhir majlis, pihak penganjur menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan majlis berakhir pada jam 4.00 petang. Program yang berlangsung telah berjaya menambat hati hadirin yang rata-rata berpuas hati dengan penyusunan dan pengisian program tersebut. Tahniah diucapkan kepada Biro Wanita kerana berjaya menganjurkan program baitul muslim yang dapat memberi sentuhan rohani dan jasmani. Semoga para hadirin dapat menggarap sebanyak mungkin manfaat daripada pengisian yang telah disampaikan untuk diterjemahkan dalam kehidupan masing-masing. Maasalamah wa ilalliqa’

UMMU HUDZAIFAH

Categories: Aktiviti

Hanya Gerhana Bukan Terbenamnya Matahari

23 July, 2009 · Leave a Comment

gerhana1

Kelmarin dunia secara khusus benua Asia menyaksikan peristiwa bersejarah antara gerhana matahari yang paling lama berlaku. Fenomena ini dijangka akan berulang lagi hanya pada tahun 2032. Jika umur panjang, usia mereka yang sebaya dengan saya pada waktu itu adalah 52 tahun manakala Humaira pula telah berusia 26 tahun, harapnya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

Dalam kitab Al Muntalaq karya Muhammad Ahmad Ar Rashid, terdapat satu tajuk berkenaan dengan gerhana, tetapi kisahnya bukanlah mengenai gerhana matahari, tetapi gerhana di dunia ini apabila islam tidak menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Dunia sesungguhnya telah mengalami kerugian yang amat besar apabila Islam tidak menjadi penguasa dunia, sejarah telah menjadi saksi betapa selama hampir 1400 tahun, Islam telah menyinari sekurang-kurangnya 2/3 dunia dengan rahmat dan keadilan.

Ketika zaman keagungan Islam, tabir kegelapan dan kezaliman dunia disingkap, ramai manusia telah kembali menjadi hamba kepada Allah apabila mereka telah menjadi hamba kepada sesama manusia sebelumnya.

Pelbagai tamadun ilmu berkembang, penemuan demi penemuan ditemukan, tokoh demi tokoh dilahirkan, keadilan Islam melata diatas muka bumi, dunia dan seisinya beroleh rahmat apabila bumi ini dipusakai oleh hamba-hamba Allah yang soleh. Kesan ketamadunan ilmu ini masih kekal hingga hari ini, nama-nama seperti Umar Al Khattab, Muawiyah Bin Abi Sufian, Imam Nawawi, Imam Syafi’I, Imam Ghazali, Al khwawizmi, Ibn Sina, Al Khindi, Al Biruni akan  terus kekal harum sepanjang ketamadunan insan.

Namun, sinaran mentari Islam ditakdirkan gerhana jua seketika, 1924, menyaksikan kejatuhan khilafah yang terakhir, bumi Uthmaniyyah bermandi air mata ummah yang menangisi pemergian khilafah. Dunia kembali gelap, peperangan demi peperangan berlaku, umat Islam dibantai dimana-mana, sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba menjerut dunia seluruhnya, pencemaran dunia makin kritikal, bangunan makin tinggi tetapi kerohanian manusia makin runtuh. Dunia sekali lagi dirundung gerhana dek hilangnya mentari Islam.

Tabi’I gerhana ialah ianya hanya akan berlaku seketika, sinar cahaya pasti akan kembali selepasnya, hanya selepas 85 tahun kegelapan, Islam kembali menunjukkan tanda-tanda kebangkitan. Hari ini, Islam menjadi agama yang paling pantas dianuti di Eropah dan Amerika.

Para pendakwah yang ikhlas kini gigih bekerja, hanya masa yang akan menentukan bahawa Islam pasti akan bangkit kembali. Dunia ini pasti akan kembali dipusakai oleh hamba-hamba Allah yang soleh. Kawanan burung kini menyanyi riang kerana sedar saat gerhana hampir tiba dipenghujungnya.

Islam pasti bangkit kembali

Mohd Hisham Mohd Sharif

Pengerusi Pembina Kedah 2009

Categories: Aktiviti