Usrah ertinya keluarga. Usrah adalah batu-bata yang pertama dalam pembentukan individu, ia adalah cara yang terunggul untuk mendidik individu secara menyeluruh, mencakupi segenap sudut dan membentuk individu muslim yang sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Dengan demikian usrah adalah amat penting bagi setiap individu muslim, tidak boleh diabaikannya samasekali.
Rukun –Rukun Usrah
1. Taaruf
2. Tafahum
3. Takaful
Antara Matlamat- Matlamat Umum Bagi Sistem Usrah
- Membentuk individu muslim yang sempurna yang boleh menyahut tuntutan dunia dan akhirat.
- Mengukuhkan hubungan antara individu muslim.
- Berkongsi sama dalam memacukan kekuatan yang ada dalam individu muslim ke arah kebaikan, menggunakannya untuk agama dan merealisasikan matlamatnya.
- Menentang dan menyanggah anasir-anasir nagetif dalam diri individu muslim.
- Merealisasikan makna ‘izzah’ dengan Islam, beriltizam dengan adab dan akhlak Islam dalam semua keadaan.
- Mengenal pasti masalah dan halangan yang menghalang individu bekerja untuk Islam secara mendalam dan menggariskan langkah-langkah mengatasinya dengan jelas.
Kesemua matlamat-matlamat ini sesungguhnya boleh didapati dalam sistem usrah melalui aktiviti-aktivitinya, dalam kawalan murabbinya menerusi bilangan yang kecil dan terhad ini.

Antara Matlamat Khusus Bagi Sistem Usrah
Matlamat sistem usrah terhadap individu:
1 Membentuk peribadi Islamnya
-
-
- Sudut aqidah
- Sudut ibadah
- Sudut mental
- Sudut akhlak
- Sudut pengurusan
-
- Mengukuhkan pengertian ukhuwwah dalam jiwanya.
- Melatih hati terbuka, mendengar pandangan orang lain dalam usrah.
- Tolong menolong antara ahli usrah untuk meningkatkan kemampuan diri.
- Tolong menolong antara ahli usrah untuk menyelesaikan masalah dan halangan dalam tugasan.
Pengendalian sistem usrah yang baik memerlukan kepada beberapa perkara antaranya:
- Mengetahui matlamat umum dan khususnya dengan mendalam.
- Merialisasikan rukun-rukunnya dan adab-adabnya.
- Pengendaliannya dengan penuh perancangan di sudut masa, tempat, anggota, aktiviti dan lain-lain.
- Pembahagian tugas yang baik antara anggotanya.
- Memastikan berlaku kepelbagaian aktiviti-aktiviti dalam perjumpaannya.
- Sentiasa berfikir kearah memajukan kerja-kerja dalamnya.
- Bersemangat dalam melaksanakan kerja-kerjanya.
- Berdisiplin dalam semua perkara yang berhubung dengannya seperti kehadiran, bersurai, bercakap dan lain- lain.
- Benar-benar mengikut langkah dan peraturan kerana takut terjatuh dalam membuang masa dan waktu.
Soalan:
- Jelaskan maksud usrah dan huraikan rukun-rukunnya.
- Jelaskan kenyataan yang menunjukkan pentingnya aktiviti usrah.
- Jelaskan sistem usrah yang anda ketahui selama ini.
- Huraikan matlamat umum usrah yang pertama dan kelima.
- Sebutkan sudut-sudut penting yang perlu ada dalam setiap individu muslim.
- Sebutkan unsur yang pertama untuk menjayakan pengendalian usrah.
Ustaz Yahya Nayan




0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.