Mus’ab Bin Umair:Harum Namanya di Lantai Sirah 25 May, 2009
Posted by ismakedah in Aktiviti.add a comment

Maqam Syuhada Uhud, Tempat Mus'ab Bin Umair Bersemadi
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya)”
Al Ahzab : 23
Ketika mana jasadnya hendak disemadikan, tiada kain kafan yang mencukupi untuk menutup tubuhnya, ditutup kepala, kakinya akan terdedah, ditutup kaki, kepalanya pula akan terdedah. Akhirnya ditutup kepalanya dan kakinya ditutupi dengan rumput-rumput kering. Itulah pengakhiran kehidupan dunia buat Mus’ab Bin Umair, belia contoh sepanjang zaman. Allah akan menepati janjinya pada mereka yang berkorban untuk agama seperti ini, bagi mereka, syurga yang tertinggi. (more…)
Salam Takziah Untuk Ustaz Dahlan & Keluarga 21 May, 2009
Posted by ismakedah in Aktiviti.add a comment
Gambar ihsan dari inijalanku.wordpress.com
Isma Kedah mengucapkan salam takziah kepada Ustaz Dahlan atas pemergian isteri tercinta akibat sakit jantung dan komplikasi buah pinggang pada 14/5/2009. Moga Allah melimpahkan kesabaran kepada seluruh keluarga Ustaz Dahlan atas musibah ini. Semoga roh almarhumah ditempatkan bersama dengan roh para solehin dan memperoleh curahan rahmat dari Allah.
Dari Allah kita semua datang, dan kepadanya kita semua akan kembali
Tarbiyyah – Siri 3: Usrah 19 May, 2009
Posted by ismakedah in Tazkirah.Tags: usrah
add a comment
Usrah ertinya keluarga. Usrah adalah batu-bata yang pertama dalam pembentukan individu, ia adalah cara yang terunggul untuk mendidik individu secara menyeluruh, mencakupi segenap sudut dan membentuk individu muslim yang sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Dengan demikian usrah adalah amat penting bagi setiap individu muslim, tidak boleh diabaikannya samasekali.
Rukun –Rukun Usrah
1. Taaruf
2. Tafahum
3. Takaful (more…)
Siri Kesihatan – Merancang Keluarga Melalui Kaedah Implanon 16 May, 2009
Posted by ismakedah in Kesihatan.1 comment so far
Setiap keluarga seharusnya merancang jumlah anak yang diinginkan dan jarak antara setiap kehamilan. Merancang keluarga adalah perlu bagi memastikan bahawa seseorang ibu itu berada pada tahap kesihatan yang memuaskan sebelum mengandung. Jarak yang sesuai antara setiap kehamilan adalah lebih kurang 3 tahun. Tempoh 3 tahun ini dapat memberi peluang dan hak kepada anak untuk menyusu dan juga memastikan bahawa simpanan nutrient ibu seperti zat besi, kalsium dan lain-lain yang telah digunakan pada kandungan yang lalu telah kembali ke tahap yang normal.

Terdapat berbagai-bagai kaedah merancang keluarga seperti penggunaan pil perancang, alat dalam rahim, kaedah suntikan dan kaedah “barrier” seperti kondom dan diaphgram. Kaedah seperti pengiraan waktu subur dan azal walaupun lebih natural, tetapi peratus kegagalan kedua-dua kaedah ini adalah lebih tinggi.
Implanon merupakan sejenis kaedah terbaru di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2002. Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit. (more…)
Kawan, Sahabat dan Teman 16 May, 2009
Posted by ismakedah in Aktiviti.add a comment

Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan untuknya, maka akan direzqikannya dengan sahabat yang soleh, ketika dia lupa dia akan mengingatkannya, ketika dia beramal, dia akan membantunya
(Maksud Hadis)
Berbicara tentang sahabat, terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan keutamaan dan kepentingan sahabat dalam kehidupan seorang muslim. Sahabat itu adalah ibarat cermin pada diri kita, siapa kita akan dapat digambarkan dengan melihat dengan siapa kita bersahabat.
Sahabat yang baik itu bukanlah sahabat yang sentiasa bergelak ketawa dengan kita, ataupun sahabat yang menangis bersama, bukan juga sahabat yang sudi menemankan kita makan atau melancong tidak kira masa, akan tetapi sahabat yang baik itu adalah sahabat sentiasa mengingatkan kita dalam rangka iman dan ukhuwwah kepada Allah. (more…)
KBAZ Suntik Semangat ISMA Kedah 16 May, 2009
Posted by ismakedah in Aktiviti.add a comment
9 Mei yang lalu, rombongan ISMA Kedah seramai 105 orang telah berpeluang untuk menghadiri konvensyen berakhirnya agenda zionis yang dianjurkan oleh PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) dan Aman Palestin.
Seminar yang buat julung-julung kalinya diadakan telah menarik minat lebih dari 3000 peserta dari seluruh pelusuk Malaysia, rata-ratanya adalah belia. Penceramah yang dijemput pula adalah tokoh-tokoh yang tidak asing lagi di peringkat antarabangsa dalam isu Palestin seperti Dr. Azzam Tamimi, Dr. Muhsen Salleh dan Dr. Roslan Md Nor.
Penganjuran konvensyen ini yang telah berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang bertempat di Dewan Merdeka PWTC telah menyuntik semangat dan memberi harapan baru buat ahli-ahli ISMA Kedah agar lebih bersemangat dalam program-program penggarapan massa pada masa-masa akan datang.
Moga agenda zionis akan terus lenyap selepas ini dengan kebangkitan baru generasi harapan muslimin yang akan memimpin dunia
Sihat Cergas Cara ISMA Kedah 14 May, 2009
Posted by ismakedah in Aktiviti.add a comment

Isma meyakini bahawa Islam bukanlah agama yang sempit, terhad dalam lingkungan tertentu sahaja, tetapi kami di Isma yakin bahawa Islam itu datang dalam satu pakej lengkap untuk menyusun kehidupan manusia. Sukan juga adalah salah satu aspek penting dalam Islam, dimana Islam amat menitikberatkan kesihatan, kecergasan dan kekuatan.
Riadhah Futsal semalam, yang diadakan di Sports Complex Jitra adalah salah satu usaha Isma Kedah untuk membawa kefahaman Islam yang syumul terhadap ahli-ahlinya.
Sihat cergas, dalam rangka ukhuwwah dan ibadah, ayuh Isma Kedah!






