Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kedah

Ringkasan Sirah Rasulullah S.A.W. – Fasa Mekah

3 April, 2009 · 1 Comment

MAKKAH

Tahun

Peristiwa & Catatan

Sejarah Awal Kerasulan

571M

Kelahiran Rasulullah pada 20 April atau 9 Rabiulawal Tahun Gajah di Makkah

Dibedah Jibril pada usia 4 atau 5 tahun semasa di bawah jagaan Halimah Assaadiah

Ibunya Aminah meninggal di Abwa’ pada usianya 6 tahun

Dijaga datuknya sehingga 8 tahun apabila Abdul Mutallib meninggal dunia

Membantu Quraisy dalam Perang Fujjar pada usia 10 tahun

Bertemu Buhaira di Syam pada usia 12 tahun

Menternak kambing semasa remaja

Berniaga untuk Khadijah semasa berusia 25 tahun

Berkahwin dengan Khadijah pada usia 25 tahun

Menyelesaikan masalah Hajar Aswad pada usia 35 tahun

Fatima Az Zahra dilahirkan

Beruzlah selama tiga tahun sehingga mendapat wahyu pertama

13 tahun di Makkah

610M

Jibril menurunkan wahyu pertama pada bulan Ramadhan pada usia 40 tahun

(Al-Alaq:1-5)

Dibawa Khadijah menemui Waraqah bin Naufal- Akui kerasulan Baginda

Wahyu ke-2 turun selepas beberapa hari (Al-Muddathir:1-5)

Bermula dakwah secara rahsia selama 3 tahun kepada keluarga dan kawan2

-Generasi As Sabiqun al Awwalun: Khadijah, Zaid, Ali, Abu Bakar

-Abu Bakar Islamkan Uthman Affan, Zubair Al Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqqas,

Talhah bin Ubaidillah

-Bilal, Abu Ubaidah Al Jarrah, Khabbab, Abdullah Mas’ud, Al Arqam, Said b Zaid,

Wahyu berupa ayat-ayat pendek turun berterusan pada masa ini- penekanan terhadap aqidah

Pergerakan dakwah sampai kpd pengetahuan Quraisy namun tidak diendahkan mereka

Hasilnya, jemaah mukmin berdasarkan persaudaraan dan tolong-menolong (ukhuwwah)

Bermula dakwah secara terang-terangan dari tahun ke-4 hingga ke-10

Tahun ke-4 kerasulan

Berdasarkan ayat Asy Syu’araa’

Bermula dgn mengajak Bani Hasyim diikuti dgn Peristiwa Bukit Safa (kedua2 diganggu Abu Lahab)

Mula membongkar kekhurafatan Jahiliyyah setelah Al Hijr:94 turun- bangkit kemarahan Makkah

Aduan pertama oleh tokoh Quraisy kepada Abu Talib

Walid Al Mughirah mencetus idea menghasut jemaah haji, giat dilaksana Abu Lahab

Pelbagai kaedah diguna oleh Musyrikin Makkah i.e mengadakan perjanjian dgn Rasul tetapi gagal

Mula menggunakan kekerasan dan penyeksaan diketuai oleh Abu Lahab

Abu Lahab memaksa anak-anaknya menceraikan Ruqaiyah dan Kalthum dgn harapan Rasul terputus keturunan.

Uqbah Abi Muit meletakkan uncang najis ke atas Rasul semasa sujud hingga dialihkan Fatimah

Bilal, Khabbab, Zinnirah dan Keluarga Yasir antara yg teruk diseksa. Sumayyah Syahidah pertama

Rasul melarang pegamalan Islam secara terang-terangan utk mengelak diseksa

Pertemuan rahsia di rumah Al Arqam Abi Al Arqam di Bukit Safa bermula di tahun kelima

Tahun ke-5 kerasulan

Rombongan Hijrah pertama ke Habsyah pada Rejab tahun ke-5 diketuai Uthman Affan disertai 11 lelaki lagi dan 4 perempuan termasuk isteri Uthman, Ruqaiyah bt Rasulullah

Peristiwa Musyrikin Makkah sujud bersama Rasul setelah mendengar Al Fushilaat:26, An Najm:62

Rombongan Hijrah kedua ke Habsyah terdiri drpd 83 org termasuk Ammar Yassir dan 18 wanita

Wakil Quraisy ke Habsyah utk memujuk An Najasyi memulangkan org Islam dalam 2 cubaan

Tahun ke-6 kerasulan

Quraisy ugut Abu Talib (Rasul jwb menggunakan analogi bulan dan matahari)

Ammarah Al Walid (saudara Khalid) ditawarkan kpd Abu Talib sebagai pertukaran dgn Rasul

Perisitwa Hamzah memeluk Islam di penghujung Tahun ke-6 dlm bulan Zulhijjah

Umar Al Khattab memeluk Islam tiga hari selepas itu (Muslimin dpt sembahyang di Kaabah)

Quraisy (Utbah Rabiah) cuba gunakan tawaran kemewahan dan kuasa (dijwb dgn Al-Fussilat:1-11)

Abu Talib berjaya memujuk Bani hasyim & Mutallib utk melindungi Rasul atas dasar setiakawan

Tahun ke-7 kerasulan

Quraisy membalas dgn melancarkan piagam permusuhan dgn Bani Hasyim dan Mutallib

-Piagam ditulis dan digantung di dalam Kaabah pada Muharram

-Pemboikotan selama tiga tahun bermula, Muslimin dipulaukan sehingga kebuluran

619M

Perlanggaran piagam oleh sebilangan Quraisy

Tahun ke-10 kerasulan

-Piagam di dalam Kaabah dimakan anai-anai kecuali perkataan Allah

-Pemboikotan tamat pada bulan Muharram

TAHUN SEDIH

Quraisy dlm cubaan terakhir utk berunding dgn Rasul, Abu Talib semakin uzur kesan pemboikotan

AbuTalib meninggal dunia pada Rejab, (ada pendapat kata pada Ramadhan 3 hari sebelum Khadijah)

Khadijah wafat di bulan Ramadhan pada usia 65 tahun

Tekanan dari Quraisy semakin hebat, Rasul cuba berdakwah di Thaif tetapi ditentang dgn zalim

Abu Bakr tidak tahan lalu berhijrah ttp diberi suaka oleh Ibnu Dughnah-kembali ke Makkah

Rasul berkahwin dgn Sawdah pada Syawal Tahun Ke-10

Rasul ke Ta’if (60 batu) dlm bulan Syawal bersama Zaid Harithah, 10 hari di sana

-Baginda dicerca oleh pembesar, dilontar batu oleh penduduk hingga bersembunyi di tembok

Utbah & Syaibah, dibantu oleh Iddas seorang Nasrani

-Tawaran dari Jibri utk melingkupkan Makkah dgn Bukit Akhsyabain, ditolak oleh Rasul

-Singgah di Lembah Nakhlah, didatangi Jin utk berbai’at- petunjuk kejayaan dakwah Rasul

-Mendapat suaka Mut’am Adi sebelum masuk ke Makkah, Rasul ingat jasanya

Menemui qabilah dan individu yg dtg menunaikan haji namun tiada sambutan (Abu Zar al Ghaffari)

Isra’ dan Mi’raj (beberapa pendapat ttg masa peristiwa)- solat lima waktu difadhukan

-Musyrikin Makkah tetap engkar walaupun rasul membuktikan Isra’ dan Mi’raj

-Abu Bakar mendapat gelaran As-Siddiq

620M

Menemui 6 pemuda Khazraj dr Madinah ketika usaha dakwah waktu malam

Thn ke-11 kerasulan

-Semua memeluk Islam, ketika itu perang saudara antara Khazraj dan Aus

-Mereka pulang dan menyebarkan Islam ke seluruh Yathrib

621M

Bai’ah Aqabah 1

Thn ke-12 kerasulan

-12 pemuda Yathrib termasuk 5 drpd 6 pemuda terdahulu tiba menemui Rasul di Muna

-2 drpd 12 adalah dari qabilah Aus, selebihnya Khazraj

-Antara isinya: tidak mnyekutukan Allah, tidak berzina, mencuri,membunuh anak, berbohong

Mus’ab b Umair diutus pulang bersama rombongan Aqabah utk membimbing penduduk Yathrib

-Hampir seluruh Yathrib diIslamkan Mus’ab

622M

Mus’ab membawa 70++ Ansar menunaikan haji dan menemui Rasul

Thn ke-13 kerasulan

Bai’ah Aqabah 2: 73 lelaki & 2 wanita, Rasul ditemani Al Abbas Abd Mutallib yg masih kafir

-Al Abbas meminta jaminan kesanggupan mereka menjaga dan melindungi Rasul

-Agenda Bai’ah: rasul meminta supaya mereka menyokong & mempertahankannya seperti anak & isteri mereka, dipersetujui oleh rombongan

-Rasul melantik 12 naqib, 9 dari kalangan Khazraj & 3 dari kalangan Aus

Fasa Hijrah ke Madinah bermula (Abu Salamah org pertama- setahun sebelum Aqabah II)

-Suhaib al Rumi meninggalkan semua hartanya setelah diugut Quraisy- dipuji Rasul

-Umar al Khattab antara yg terawal berhijrah bersama Ayyasy abi Rabiah- Ayyasy kembali semula setelah ditipu Abu Jahal

-2 bulan selepas Aqabah II, hanya tinggal Rasul, Abu Bakar & Ali serta mereka yg ditahan

Quraisy bersidang bincangkan cara hentikan dakwah Islamiyyah di Madinah yg akan menggugat kestabilan Makkah -Iblis menyertainya dgn berupa sebagai seorang ahli zuhud dari Najd.

-Memutuskan utk membunuh Rasul dgn memilih pemuda dari setiap kabilah

-Madinah berpotensi menjadi kuasa tentera & ekonomi lebih-lebih lagi dgn kehadiran Rasul

-berlaku pada Safar 622M

Hijrah Rasulullah (SAW)

622M

Rasul menerima wahyu mengenai komplot jahat Musyrikin & diizinkan behijrah oleh Allah

Rasul menemui Abu Bakar utk memberitahu ttg rancangan Hijrah pd malam itu

Pada masa sama, 11 pembunuh Musyrikin berkumpul di luar rumah Rasul pada waktu malam

Rasul meminta Ali tidur di tempatnya & Rasul keluar sambil menabur pasir ke atas kepala Musyrkin & membaca Yaa Siin: 9, lalu Allah menurunkan hijab pada penglihatan mereka

Rasul ke rumah Abu Bakar sebelum bertolak ke Gua Thur pada 27 Safar 622M

Rasul menggunakan arah selatan sedangkan Madinah di utara Makkah

Tiba di Gua Thur, Abu Bakar masuk dahulu- disengat kalajengking semasa tidur tapi ditahan sehingga menitik air mata ke atas Rasul, lalu diubat Rasul terus sembuh dgn kehendak Allah

Bersembunyi selama 3 mlm, Abdullah b Abu Bakar menemani di waktu malam & Amir Fahiirah membekalkan susu dan daging serta memadamkan tapak kaki Abdullah

Musyrikin menjejaki seluruh jalan dari Makkah & menawarkan habuan 100 unta

Setelah 3 hari, mula bergerak ke Madinah bersama Amir dgn dibantu Abdullah b Uraiqat sbg penunjuk jalan- menggunakan laluan yg tidak diguna org, menghala ke Yaman sebelum ke utara

Peristiwa Suraqah b Malik mengejar Rasul – kudanya terbenam hingga ke lutut- (Taubah:40)

Aba Buraidah & 70 pengikutnya cuba memburu tetapi memeluk Islam selepas menemui Rasul

Rasul tiba di Quba’ pd 8 Rabiul Awal dan singgah 4 hari- bertemu Ali

Masjid Quba’ didirikan-masjid pertama dibina sebelum menemui banu Najar- sebelah ibu

Rasul memasuki Madinah pada hari Jumaat, turun di tapak Masjid Nabawi

Rasul tinggal di rumah Abu Ayub Al Ansari- keluarga ibunya

Saudah, Fatimah, Ummi Kalthum, Usamah Zaid dan Ummu Aiman tiba selepas beberapa hari

Abdullah b Abu Bakar tiba bersama Aisyah, Zainab tidak Hijrah sehingga selepas Badar

Categories: Aktiviti

1 response so far ↓

Leave a Comment