jump to navigation

Meniti Teladan Dakwah Nabi Ibrahim A.S 30 April, 2009

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

Tanpa orang tua siapalah kita. Suatu yang tidak boleh kita nafikan bahawa orag tua; sama ada ibu, bapa, pakcik dan makcik atau ibubapa mertua merupakan orag-orang terdekat dengan kita yang sangat disayangi dan dikasihi. Maka mereka adalah sasaran dakwah yang paling strategik. Mereka mampu menjadi benteng dan memberi sokongan yang kukuh serta padu apabila pendakwah menghadapi saat getir ketika menerima cubaan dan ujian di atas jalan dakwah.

Kisah nabi Allah Ibrahim ‘alaihissalam ketika berdakwah kepada orang tuanya merupakan sebuah sajian yang cukup menarik dan menawan bagi tatapan kita wahai du’at di jalan Allah. Kisah ini tercantum di dalam Al-Quran yang telah menceritakan tentang uslub (cara) yang baik dan menarik di dalam surah Maryam bermula ayat 41 hingga 50. (more…)

Remaja – Usah risau jika belum berpunya.. 30 April, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
7 comments

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.

Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala. (more…)

Remaja bermotivasi tinggi setelah menyertai WMR 2009 28 April, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti, Krim.
2 comments

Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) zon utara sekali lagi berjaya menganjurkan program Wacana Motivasi Remaja (WMR) bagi siri kedua bertempat di University Inn, UUM pada 9 – 11 April yang lalu. Program selama 3 hari 2 malam ini telah mengumpulkan pimpinan-pimpinan pelajar badan agama Islam sebanyak 14 buah sekolah di seluruh negeri Kedah dengan jumlah pelajar mencecah 100 orang pelajar putera dan puteri. Empat jenis sekolah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MARA), sekolah aliran agama dan sekolah harian biasa telah dijemput untuk menyertai program ini. (more…)

Ringkasan Sirah Rasulullah S.A.W. – Fasa Mekah 3 April, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

MAKKAH

Tahun

Peristiwa & Catatan

Sejarah Awal Kerasulan

571M

Kelahiran Rasulullah pada 20 April atau 9 Rabiulawal Tahun Gajah di Makkah

Dibedah Jibril pada usia 4 atau 5 tahun semasa di bawah jagaan Halimah Assaadiah

Ibunya Aminah meninggal di Abwa’ pada usianya 6 tahun

Dijaga datuknya sehingga 8 tahun apabila Abdul Mutallib meninggal dunia

Membantu Quraisy dalam Perang Fujjar pada usia 10 tahun

Bertemu Buhaira di Syam pada usia 12 tahun

Menternak kambing semasa remaja

Berniaga untuk Khadijah semasa berusia 25 tahun

Berkahwin dengan Khadijah pada usia 25 tahun

Menyelesaikan masalah Hajar Aswad pada usia 35 tahun

Fatima Az Zahra dilahirkan

Beruzlah selama tiga tahun sehingga mendapat wahyu pertama (more…)