Bersukan dan Berukhuwwah di SURE MUSLIMAH! 26 March, 2009
Posted by ismakedah in Aktiviti, Krim.add a comment
Di celah-celah kesibukan cuti sekolah, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan negeri Kedah buat julung-julung kalinya telah berjaya menganjurkan Sukan Remaja Muslimah (SURE MUSLIMAH!) pada 14 Mac 2009 yang lalu. Program yang mempertandingkan sukan bola jaring ini telah diadakan di gelanggang bola jaring Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR), Jitra, Kedah.
Polemik Pakaian dan Aurat : Kefahaman yang Perlu Diperbetulkan 5 March, 2009
Posted by ismakedah in Aktiviti.1 comment so far
Sejarah membuktikan bahawa tujuan manusia berpakaian sejak dahulu lagi adalah untuk melindungi tubuh dari pelbagai ancaman luaran seperti kesejukan, gigitan serangga dan ancaman-ancaman lain. Pakaian juga satu simbol kebesaran, kemuliaan dan menunjukkan peribadi si pemakainya.
Dari ruang lingkup Islam, etika berpakaian adalah sesuatu yang cukup penting dan ada kaitannya dengan dosa dan pahala. Sah atau tidak ibadah khusus seperti solat dan haji bergantung kepada pakaian yang dipakai. Allah bahkan menyeru hamba-hambanya agar berpakaian yang indah-indah secara khusus apabila pergi ke masjid.
Perbincangan tentang pakaian dalam Islam tidak akan dapat dipisahkan dari masalah menutup aurat, kerana itu adalah antara objektif utama pemakaian dalam Islam. Bagi lelaki dan wanita, masing-masing mempunyai aurat tersendiri yang perlu ditutup kerana Allah. (more…)
ISMA dan Aman Palestin Anjur Program Palestin di Masjid Paya Kelubi 1 March, 2009
Posted by ismakedah in Aktiviti.add a comment

ISMA Kedah dan Aman Palestin sekali lagi bersinergi dalam amal apabila terlaksananya satu program ceramah Palestin di Masjid Paya Kelubi, Pendang. Program yang dihadiri oleh rata-rata penduduk kampung Paya Kelubi ini adalah salah satu usaha oleh ISMA Kedah dan Aman Palestin dalam memberikan kesan yang mendalam terhadap penduduk kampung dalam menjiwai isu Palestin.
Program bermula dengan pameran di ruang legar masjid, diikuti oleh ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Sharuzzaman setelah selesai solat Maghrib. Program yang dihadiri oleh kira-kira 400 penduduk kampung ini telah berjaya mengumpulkan sumbangan lebih RM 1000, satu jumlah yang dikira agak besar jika dinisbahkan dengan lokasi ceramah yang agak jauh dari bandar.
Program berakhir pada jam 9.30 malam dan diakhiri dengan doa penuh semangat untuk kemenangan umat Islam oleh Ustaz Shahruzzaman.
Ibu Bapa juga Guru 1 March, 2009
Posted by ismakedah in Motivasi, Wanita & Keluarga.add a comment
Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam didikan anak-anak mereka. Selain guru di sekolah, ibu bapa memainkan peranan sebagai guru yang dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak di rumah secara tidak langsung. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil berat oleh seorang ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak-anak yang soleh atau solehah dalam pembinaan peribadi muslim.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenal Rabbnya
Salah satu tugas utama ibu bapa adalah mendidik anaknya untuk mengenal Rabb iaitu Allah S.W.T.. Islam menuntut si bapa memperdengarkan azan atau iqamah ke telinga si anak yang baru dilahirkan. Dari saat itulah, bermulanya tugas ibu dan bapa mendidik anak-anak mereka mengenali Allah S.W.T.. Setiap ciptaaan Allah di muka bumi ini sama ada langit, bumi, bintang, matahari dan bulan perlu dijelaskan oleh ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, ibu dan bapa perlu memastikan tumbesaran anak-anak mereka perlu sejajar dengan pengenalan kepada PenciptaNya. Menjadi fitrah semulajadi seorang bayi yang akan terbangun dari tidurnya menjelang subuh hari. Betapa Allah telah menciptakan hambanya untuk melaksanakan salah satu perintah-Nya pada waktu subuh. Selain itu, seorang bayi tidak akan selesa dengan kekotoran yang ada pada dirinya. Inilah hakikat kebenaranNya bahawa Allah menjadikan fitrah seorang manusia agar mencintai kebersihan. Walaubagaimanapu, masih ramai di antara kita yang tidak menyedari hakikat ini dalam pendidikan terhadap anak-anak. (more…)









