jump to navigation

SURE Muslimah! 28 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti, Krim.
add a comment

Buat julung-julung kalinya, KRIM Kedah akan menganjurkan:

sure-muslimah-copy3

Bayaran penyertaan: RM5 seorang shj!!!

Barah Kepala dan Leher: Pengesanan Awal 23 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far
Cancer Cell

Cancer Cell

Artikel ini adalah berkenaan soal-jawab radio Kedah FM oleh Dr Zulkifli b. Yusof,

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, merangkap YDP Ikatan Muslimin Malaysia Kedah dan Persatuan Belia Islam Nasional.

Barah kepala dan leher: Pengesanan awal

1. Bolehkan doktor terangkan serba sedikit berkenaan penyakit barah kepala dan leher di Kedah?

Penyakit barah kepala dan leher, seperti penyakit barah yang lain menunjukkan peningkatan di negara kita termasuklah di Kedah. Kejadiaanya mendekati dinegara maju. Dari pemerhatian kami dari tahun 2000 hingga 2009, pesakit barah kepala dan leher menunjukkan peningkatan di negeri ini. Lebih menyedihkan lagi, kebanyakan pesakit yang datang kepada kami berada ditahap yang teruk ( advanced ).

2. Bolehkan doktor terangkan jenis-jenis barah kepala dan leher?

Barah kepala dan leher ada beberapa jenis. Di Kedah ( juga di Malaysia ), jenis yang paling kerap adalah barah pangkal hidung ( Nasopharyngeal carcinoma ), diikuti oleh barah mulut ( Oral cancer ) dan barah peti suara ( Laryngeal cancer ). Di negara barat, jenis yang paling kerap adalah barah peti suara manakala di India dan Pakistan ialah barah mulut. Barah pangkal hidung kerap berlaku dikalangan pesakit Cina dan Melayu. Bahkan negara kita termasuk kawasan endemic ( berisiko tinggi ) barah jenis ini. Lain-lain barah ialah barah rongga hidung dan sinus, barah kelenjar air liur ( kelenjar parotid dan submandibular ) dan barah salur pemakanan ( Pharygeal cancer ). (more…)

Cinta, air tangan dan kualiti 18 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

kasih-ibu

Jika ditanya pada kita, apakah makanan yang paling enak di dunia ini? Pasti akan dijawab dengan pelbagai jawapan, tetapi jika ditanya pula, apakah masakan itu dapat menandingi masakan ibu masing – masing, maka pastilah jawapannya masakan ibu tiada tandingannya di dunia ini. Benar, bagi setiap individu yang diberi anugerah mempunyai ibu, tidak akan ada masakan yang akan dapat menandingi kualiti masakan ibunya.

Apa rahsianya? Jika orang tua-tua sering mereka mengaitkannya dengan keberkatan air tangan ibu atau isteri. Apakah air tangan itu seorang ibu itu mempunyai enzim khas yang dapat menambah kelazatan makanan? Atau ada tindakbalas kimia terhadap makanan pada air tangan seorang ibu, yang menyebabkan daging menjadi empuk, kuah kari dan sup ayam yang tiada bandingannya, hatta ayam goreng biasa boleh menjadi lebih sedap dari ayam goreng KFC? Wallahua’lam, mungkin kajian sains boleh dilakukan untuk membuktikan perkara tersebut. (more…)

Slaid Seminar Kesihatan-Akhirnya… 18 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Maaf atas kelewatan yang tersangatlah lambatnya, tuan hamba dihambat kesibukan, dihambat kelupaan dan dihambat kejahilan…pohon ampun dari semua

Sembilan Bulan Pra Kelahiran

Masalah Hidung, Telinga & Tekak

Pendidikan Islam Mendidik Anak

Dimana Wawasan Akhiratmu 11 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

dunia1

Dalam dunia yang serba maju hari ni, semua orang bercakap tentang kehebatan dunia. Kehebatan dalam penyelidikan, kehebatan dalam penulisan, kehebatan dalam mencari harta, kehebatan dalam berpolitik dan pelbagai lagi kehebatan yang semuanya berkaitan dengan dunia semata-mata.

Jika bercakap tentang dunia, ramai yang pastinya akan mempunyai wawasannya masing-masing, ingin menjadi perdana menteri sebelum umur 40 tahun, ingin menjadi jutawan sebelum umur 30 tahun, ingin mendapat Dr., belajar di universiti terulung, ingin menjadi juara dunia, ingin menerbitkan artikel dalam jurnal 10 terbaik dan pelbagai lagi wawasan dunia yang hebat-hebat belaka. (more…)

91 Tahun Kemangkatan Khalifah 11 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

Sultan Abdul Hamid 2Ulangtahun ke-91 Kemangkatan Sultan Abdul Hamid

Pada 10 Februari 2009 (selasa) genaplah 91 tahun kemangkatan khalifah Islam yang ke-34, Sultan Abdul Hamid II. Baginda telah dilahirkan pada 21 September 1842 dan mangkat pada 10 Februari 1918. Baginda memerintah dari 31 ogos 1876 sehingga dipecat pada 27 April 1909. Walaupun baginda bukan Sultan bagi kerajaan Islam yang terakhir, namun baginda dianggap Khalifah terakhir kerana Khalifah yang dilantik selepas pemecatan beliau tidak lain hanyalah boneka dan tidak mempunyai kuasa. (more…)

Solat Subuh 11 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
3 comments

selepas-subuh-di-laut-tawar

“Mereka (Umat Islam) tidak akan dapat mengalahkan kami (Kaum Yahudi) selagi mana mereka tidak menyempurnakan solat subuh mereka seperti mana mereka menunaikan solat Jumaat”
Golda Meir – Perdana Menteri Negara Haram Israel (19..)

Antara solat yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim adalah solat subuh, solat subuh besar ganjarannya, bahkan solat sunat 2 rakaat sebelum waktu subuh pahalanya lebih baik dari dunia dan seisinya… (more…)

Kursus Kecemerlangan Solat 9 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

poster

Biro Aulad Isma Kedah Memulakan Langkah 6 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Anak-anak pewaris masa depan dakwah

Anak-anak pewaris masa depan dakwah

”Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain) Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran)” (An Naml:60).

Sungguh, alam semesta yang terbentang dan terhampar di depan mata manusia mampu membawa mereka mengenal dan menginsafi keesaaan dan keagungan Allah seandainya mereka melihat dengan hati. Allah mengajar manusia untuk bukan sekadar melihat, tetapi melihat dan berfikir tentang kejadian alam semesta yang merupakan ’kitab yang terbuka’ untuk manusia mengenal Tuhannya. Justeru, atas kesedaran untuk mendidik anak-anak mengenal Allah melalui ciptaan-Nya, Biro Aulad ISMA Kedah telah mengadakan program Sayangi Alam Ciptaan Allah khusus untuk anak-anak ahli ISMA Kedah. Program yang diadakan pada 23 Januari yang lalu bertempat di rumah salah seorang akhawat di Taman Tengku Maheran menerima kehadiran 12 orang peserta yang berusia di antara 7 hingga 12 tahun. Objektif program ini antara lain adalah untuk mendidik anak-anak mengenal dan mencintai alam ciptaan Allah di samping mengeratkan silaturrahim dan membina kemesraan di antara mereka. (more…)

Dari Ismail Haniyyeh… 5 February, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment
Assalaamu`alaikum warahmatullah

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati ALLAH

Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sesungguhnya telah terjadi sekarang mukjizat dari mukjizat2 yang
diberi oleh TUHAN kami Subhanahuu wataala,apa yang berlaku sekarang
sebahagian dari mukjizat2 yang diberi oleh ALLAH kepada penduduk
Ghazzah (Gaza) dari kalangan anak2 kami, isteri2 kami, pemuda2 kami.
Ia adalah satu tanda dari tanda2 kekuasaan ALLAH.

ALLAH Subhanahu wataala berfirman :

Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah
bertemu (bertempur dalam peperangan Badar). Satu golongan berperang di
jalan ALLAH dan (satu golongan) yang lain kafir yang dengan mata
kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah
mereka. ALLAH menguatkan dengan bantuan-NYA siapa yang
dikehendaki- NYA. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati “
( Surah Aali`Imran : 13 ) (more…)