PENGERTIAN
Solat sunat rawatib adalah solat-solat yang mengiringi solat fardhu. Dikerjakan sebelum atau sesudahnya sebagai solat tambahan. Sebagaimana yang selalu dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W.. Solat sunat rawatib yang selalu dilaksanakan oleh Rasulullah ada 10 atau 12 rakaat, iaitu;
1) 2 rakaat sebelum solat subuh.
2) 2 rakaat sebelum zohor.(Ada pendapat mengatakan 4 rakaat).
3) 2 rakaat selepas zohor.
4) 2 rakaat selepas maghrib.
5) 2 rakaat selepas isyak.
Rasulullah sentiasa melaksanakan solat rawatib dirumahnya, kecuali ketika uzur, sebagaimana baginda malaksanakan solat fardhu di masjid. Kecuali hanya beberapa kali sahaja baginda melakukannya di rumah.
“solatlah di rumahmu, sesungguhnya solat yang paling utama adalah solat yang dikerjakan di rumah, kecuali solat fardhu.” (Bukhari dan Muslim).
BACAAN DALAM SOLAT RAWATIB.
Surah yang paling kerap dibaca oleh Rasulullah dalam solatnya ialah surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas, kerana kedua-dua surah itu mengandungi makna tauhid, ilmu dan amal.
ANTARA SOLAT-SOLAT SUNAT YANG DITITIK BERATKAN OLEH RASULULLAH:
1) Solat witir dan solat sunat sebelum subuh. Kedua-dua solat ini merupakan solat sunat yang selalu dilaksanakan oleh Rasulullah sama ada ketika di rumah atau ketika bermusafir.
2) Solat-solat yang dilaksanakan oleh Rasulullah bersama solat-solat fardhu yang lain ketika tidak bermusafir. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas.
3) Solat tathawwu’ (solat sunat) dilaksanakan sebelum solat asar, maghrib dan isyak. Tetapi Rasulullah tidak menitikberatkan perlaksanaan solat ini. Namun ia tetap boleh dilaksanakan.
QADHA’ SOLAT SUNAT RAWATIB
Suatu ketika Rasulullah sibuk dengan satu urusan yaitu menerima kedatangan utusan dari Bani Abd Qais yang akan memeluk Islam, ada setengah riwayat mengatakan sibuk menguruskan zakat, maka Rasulullah meninggalkan solat rawatib zuhur. Kemudian baginda mengqadha’nya selepas solat asar. Ibnul Qayyim berkata; “ketika tertinggal solat rawatib selepas zohor, Rasulullah menggantinya sesudah solat asar, kerana solat sunat itu adalah kebiasaan yang selalu dilakukannya. Mengqadha solat sunat rawatib pada waktu yang terlarang diperbolehkan bagi baginda dan umatnya, tetapi membiasakannya pada waktu yang terlarang adalah khusus untuk Rasulullah.(Zaadul Ma’ad, 1:89).
SOLAT PADA WAKTU YANG DILARANG.
Para imam bersepakat mengatakan solat tathawwu’ yang dikerjakan tanpa sebab tidak boleh dilaksanakan selepas solat subuh sampai terbit matahari dan selepas solat asar sampai terbenam matahari. Omar Al-Khatab pernah memukul orang yang solat sunat selepas solat fardhu asar. Hadis tentang larangan melakukan solat sunat pada waktu yang terlarang adalah mutawatir.
Petikan dari buku Hikmah dan Hukum Solat-solat sunat. Moga petikan ini boleh membantu dalam kerangka kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.




0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.