jump to navigation

Solat Sunat Rawatib 30 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

PENGERTIAN

Solat sunat rawatib adalah solat-solat yang mengiringi solat fardhu. Dikerjakan sebelum atau sesudahnya sebagai solat tambahan. Sebagaimana yang selalu dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W.. Solat sunat rawatib yang selalu dilaksanakan oleh Rasulullah ada 10 atau 12 rakaat, iaitu;

1) 2 rakaat sebelum solat subuh.

2) 2 rakaat sebelum zohor.(Ada pendapat mengatakan 4 rakaat).

3) 2 rakaat selepas zohor.

4) 2 rakaat selepas maghrib.

5) 2 rakaat selepas isyak.

Rasulullah sentiasa melaksanakan solat rawatib dirumahnya, kecuali ketika uzur, sebagaimana baginda malaksanakan solat fardhu di masjid. Kecuali hanya beberapa kali sahaja baginda melakukannya di rumah.

“solatlah di rumahmu, sesungguhnya solat yang paling utama adalah solat yang dikerjakan di rumah, kecuali solat fardhu.” (Bukhari dan Muslim). (more…)

Alor Setar Tidak Pernah Melupakan Gaza 26 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

 250120096091

Dari Gaza ke Alor Setar, semangat ukhuwwah umat Islam terbukti masih ampuh dizaman fitnah ini. Tika mana saudara-saudara muslimin di Gaza dibantai dengan hebat oleh tentera Yahudi, ternyata dunia tidak memencilkan mereka, walaupun kebanyakan dari pemerintah dunia sepertinya agak takut-takut untuk menyuarakan kemarahan, namun rakyat muslim di setiap pelusuk dunia bangkit menyuarakan bantahan dan kemarahan.

Program Selamatkan Gaza anjuran Isma Kedah dengan kerjasama Aman Palestin petang semalam di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar menjadi saksi dan bukti bahawa Alor Setar tidak pernah melupakan Gaza.

Program yang dimulakan dengan sesi tayangan video, pameran bergambar, kutipan derma dan jualan cenderamata Palestin diikuti aktiviti kemuncak ceramah khas Palestin oleh petugas Aman Palestin, Ust Sharul Zaman mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat. Ternyata, sifat sayang dan ambil berat terhadap urusan umat Islam masih lagi menebal dikalangan penduduk setempat. 

Program yang diakhiri dengan bacaan Qunut Nazilah oleh Imam Masjid telah menghangatkan lagi sifat cinta dan ingin berkorban penduduk Alor Setar bagi membantu saudara-saudara kita di Gaza. 

Isma Kedah dan Aman Palestin ingin menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap yang terlibat dalam program semalam, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Moga usaha-usaha kecil kita akan menjadi pemberat timbangan amal di akhirat nanti.

Protokol Zionis : Mesti Baca 21 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Salam, berikut adalah protocol Yahudi Zionis yang perlu difahami oleh semua bagi memahami apa yang sedang berlaku didunia hari ini. Tidak hairanlah sejak ribuan tahun bangsa ini telah dipinggirkan melalui tembok2 ghetto di sekeliling eropah, dibunuh oleh pemerintah seperti Nebuchadnezzar dan Hitler kerana mereka sememangnya bangsa perosak, pembunuh para nabi, pengkhianat dan pencetus huru hara ekonomi melalui sistem riba dan pelbagai lagi kefasadan yang dilakukan oleh mereka, tidak hairanlah banyak ayat-ayat al quran membicarakan tentang mereka. Hanya orang yang buta sejarah sahaja yang tidak akan dan tidak mahu memahami tabiat bangsa ini.

Protokol Pertama
Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu. (more…)

Qunut Nazilah Untuk Ikhwan Pejuang di Gaza 14 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Disertakan bacaan qunut nazilah beserta maknanya untuk dibaca pada rakaat terakhir selepas bangkit dari ruku’ pada setiap solat fardhu, seperti yang diaplikasikan oleh Ustaz Fisol semasa solat isya selepas kuliah selasa semalam

Kredit untuk Ust Zaharuddin (www.zaharuddin.net) atas doa dan terjemahan ini

QUNUT NAZILAH

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.” (more…)

Sekitar Rapat Umum Shah Alam 13 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Terima kasih khalil kerana sudi berkongsi gambar-gambar yang menjadi kenangan berharga ini…

Helmi, Azizi, Hisham & Syauqi

Helmi, Azizi, Hisham & Syauqi

 

U.Arif dicelah-celah anak muda generasi harapan

U.Arif dicelah-celah anak muda generasi harapan

Bangkit Umat Islam, Gaza memerlukanmu!

Bangkit Umat Islam, Gaza memerlukanmu!

Cuba cari Dr. Zul kat mana?

Cuba cari Dr. Zul kat mana?

Penipuan Media Barat & Tanggungjawab Kita 12 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment
Pengeboman Gaza Satu Tindakan Pengganas

Pengeboman Gaza Satu Tindakan Pengganas

“Israel has all the right to defend herself from Hamas rocket attack”

“The militants had fired rockets to Israeli civilians causing panic…”

Itulah nada yang diulang-ulang oleh media barat yang dipelopori oleh tokoh-tokoh Yahudi Zionis seperti CNN, BBC, AP dan yang seangkatan dengannya. Terdapat satu ungkapan atau teori dalam komunikasi massa yang mengatakan bahawa penipuan yang diulang-ulang dan berpanjangan akhirnya akan dipercayai sebagai kebenaran. Itulah yang dipropagandakan oleh media berpengaruh sekarang ini yang akhirnya menjadi anutan jutaan penduduk dunia samada muslim ataupun tidak.

(more…)

Inilah Masanya… 11 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

gaza3

Hari ini masuk hari yang ke 14 bumi Gaza bersimbah darah para syuhada yang telah dijanjikan syurga. Walaupun resolusi demi resolusi dikeluarkan, namun Israel tetap tidak peduli, keangkuhan mereka tiada bandingannya.

Tiada kata bicara yang dapat menggambarkan kedasyatan penderitaan penduduk Gaza sekarang ini, setiap saat mereka diambang kematian, yang hidup, hidup dalam puing puing kemusnahan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Tiada manusia yang waras akalnya yang tidak akan bersimpati dengan Gaza, namun apakah hanya simpati dan airmata yang hanya mampu kita hulurkan. (more…)

Kempen Selamatkan Gaza, Satu Catitan 11 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Dr. Zul di celah ribuan manusia

Dr. Zul di celah ribuan manusia

Saya seorang doktor tekak. Tetapi hari ini saya sakit tekak. Sebabnya, banyak bertakbir pada pagi tadi. Programnya, kempen ‘Save Gaza’ anjuran Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Takpa, esok pagi saya bekerja, boleh ambil ubat tekak jika masih tidak sembuh.

Kami bertolak seawal 3 pagi dengan beberapa kereta dari Alor Star untuk menghadiri rapat umum tesebut.  Mengantuk juga dalam perjalanan, tapi mata jadi segar semasa berada di dalam Stadium Melawati, Shah Alam. Kalau ikut semangat, ‘la tu’ juga nak pergi tolong umat islam di Palestin.

(more…)

Seruan daripada Mursyid Am Ikhwan Muslimin 1 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

Seruan daripada Mursyid Am Ikhwan Muslimin kepada seluruh bangsa-bangsa di dunia untuk sama-sama memperteguh semangat setia kawan dengan penduduk-penduduk wilayah Gaza, Palestin

Kepada umat manusia yang enggan tunduk (kepada kezaliman) di seluruh pelusuk dunia

Kepada umat manusia yang sentiasa mengiginkan kebenaran, keadilan dan kebebasan

Kepada umat manusia yang mencari keamanan, ketenangan dan kesejahteraan

Kepada umat Arab dan Islam

Saya mengucapkan menerusi kamu ucapan bangga, mulia dan hormat kepada ummat Palestin yang berjuang di wilayah Gaza di atas ketahanannya, kemantapannya, imannya dan pengorbanannya.

Sesungguhnya Umat ini tidak hanya mempertahankan tanah-tanah sucinya, bumi dan tanahair semata-mata, bahkan mempertahankan kemuliaan ummah dan kesuciannya. Ia sebenarnya merupakan benteng penahan dan garis pertahanan yang pertama dalam menghadapi rencana Amerika dan Zionis yang bertujuan menundukkan ummah, merampas kekayaan-kekayaan sumber muka buminya serta meleburkan ciri-ciri khusus kebudayaannya. (more…)

Gaza Berdarah Syuhada 1 January, 2009

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

(oleh ust Anuar Solleh)
Sabarlah ya ikhwani.
Kalian diharamkan
daripada kenikmatan dunia
oleh tangan-tangan durjana
kerana kealpaan
saudara-saudaramu di mana-mana
meninggalkan jihad
leka dengan syurga dunia
yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan
untukmu Syurga
bersama-sama
Sumayyah dan Yasir
Hamzah dan Khubaib
yang jua
telah mendahuluimu
mewakafkan hidup untuk Allah.

Namun airmataku yang mengalir
bukan kerana darah syuhadamu
tapi kerana ramainya
saudaramu di sini
yang gugur murtad
fasik dan bangga
mengikut jejak
budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya
ramai yang tertidur
mimpikan pangkat
nama dan darjat.