jump to navigation

Barisan Kepimpinan Baru ISMA Kedah 29 December, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
2 comments

Barisan Kepimpinan Baru

Barisan Jawatankuasa ISMA Kedah 2009-2011 (barisan hadapan gambar)

YDP        : Dr. Zulkifli Yusof

NYDP     : Dr. Ridzuan Ahmad

Wanita : Ustazah Junainah Jaafar

 

AJK         :

Ustaz Abd Fisol Mohd Isa

Mohd Hisham Mohd Sharif

Faisol Elham

 

Juruaudit :

Khalil Hashim

Mohd Fahmi Othman

“Jelmakan Islam Kepada Masyarakat”:Ustaz Fauzi 29 December, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Ustaz Fauzi memberi ucapan

“Jasadkan fikrah, jelmakan islam ke tengah masyarakat, fikrah ini akan beku kalau terlalu lama berada didalam kepala dan berlegar-legar dalam satu bulatan yang sama”

itu antara intipati penting ucapan Ustaz Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan ISMA Cawangan Alor Setar.

Tegas Ustaz Fauzi lagi, ISMA harus dibawa ke hadapan, memberikan solusi kepada penyakit-penyakit yang sedang membarah ditengah masyarakat. Fikrah ini akhirnya akan beku, ahli-ahlinya akan jemu dan buntu jika terlalu lama berada dalam kitaran yang sama.

ISMA pusat mengharapkan agar setiap cawangan dapat terus maju kehadapan dengan berlandaskan kepada jalan kerja yang betul kerana antara tanda kepada kebenaran sesuatu fikrah adalah dengan bertambahnya pengikut, justeru itu ISMA Kedah harus melipatgandakan amal dalam rangka keunikan negeri Kedah yang mempunyai identitinya yang tersendiri.

Selamat maju jaya dan semoga ISMA Kedah akan terus maju dan lebih cemerlang pada masa-masa akan datang, itu harapan Ustaz Fauzi kepada semua.

AGM ISMA Kedah Hari Ini 29 December, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Sukacita dimaklumkan bahawa ISMA Kedah akan mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini bertempat di Dewan Mahsuri, Jitra. Mesyuarat dijadualkan akan bermula pada jam 930 pagi dan dijangka akan berakhir pada lebih kurang jam 1230 tengahari.

Antara agenda penting mesyuarat hari ini adalah pemilihan jawatankuasa baru dan pembentangan beberapa usul untuk meningkatkan lagi kecemerlangan amal ISMA Kedah.

Insyaallah, mesyuarat juga akan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ustaz Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA dan beberapa wakil dari pusat.

Untuk  rekod, ini adalah mesyuarat agung pertama ISMA Cawangan Alor Setar. Moga mesyuarat ini akan menjadi satu titik tolak bagi ISMA Kedah untuk bergerak lebih maju ke hadapan pada tahun-tahun mendatang.

Kem Lepasan SPM Kedah Capai Matlamat 22 December, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Buat julung kalinya, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah berjaya menganjurkan Kem Lepasan SPM 2008 bertempat di Kem Sintok, UUM dengan jayanya. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada 18 Disember dan berakhir pada 20 Disember 2008. Kem kali ini berjaya mengumpulkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada 28 orang peserta lelaki dan 32 peserta perempuan.

Kem Lepasan SPM 2008 ini menggabungkan kedua-dua unsur dalaman dan luaran ini bermatlamat agar para peserta mendapat penjelasan dan bantuan sewajarnya dalam menentukan hala tuju pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi serta mampu membina jati diri remaja sebenar seperti yang dikehendaki oleh Islam. (more…)

Cinta Dunia atau Cinta Allah & Rasulnya 15 December, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

“Engkau akan bersama orang yang anda cintai…”(hadis)

Begitu sabda Rasulullah kepada salah seorang dari sahabatnya yang menyatakan rasa cinta terhadap baginda. Di hari akhirat nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita cintai.

Sebagai muslim, kita dituntut untuk mencintai Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya bahkan melebihi cinta terhadap diri kita sendiri kerana cinta yang tertinggi itu akan menyelamatkan kita dihari akhirat kelak.

Kita mungkin boleh menyatakan bahawa Allah dan rasul adalah yang paling kita cintai, namun apakah tergambar cinta itu dalam perjalanan kehidupan kita? (more…)

Perutusan Eidul Adha ISMA Kedah 6 December, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
3 comments

Selamat Hari RayaPerutusan Eidul Adha ISMA Kedah

Allahu Akbar,

Allahu Akbar,

Allahu Akbar.

Marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah atas kesempatan yang diberikan olehnya untuk kita sama-sama menyambut kedatangan Eidul Adha pada kali ini bersama-sama jutaan tetamu-tetamu Allah di tanah suci Makkah al-Mukarramah. Hari-hari yang kita lalui di permulaan bulan Zulhijjah ini adalah hari-hari yang cukup istimewa disisi Allah. Bahkan pada hari-hari ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah.

Eidul Adha tidak dapat dipisahkan dengan kisah sebuah keluarga yang sangat istimewa di dalam peradaban manusia. Keluarga Nabi Ibrahim Khalilullah. Sebuah keluarga yang dibina diatas asas takwa kira-kira 5000 tahun yang lampau. Kisah keluarga tersebut diungkapkan oleh Allah dalam kitabnya yang mulia dan disebut-sebut oleh manusia hingga ke hari kiamat. Kisah yang penuh dengan sikap pengorbanan yang mengkagumkan sejarah. Pengorbanan seorang manusia agung terpaksa berdakwah dan menentang seluruh keluarga dan kaumnya di Iraq, di ’posting’ Allah ke Syria, Palestin, Mesir dan tanah tandus Makkah Mukarramah, meninggalkan isteri dan anak kecilnya di padang pasir tanpa air dan penghuni, hinggalah sampai kepada kemuncak ujian-diarahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya yang sangat dikasihinya. (more…)

Sihat Itu Tuntutan, Mati Itu Ketentuan 2 December, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

Dari Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Hadis diatas adalah mutiara bagi orang yang celik hatinya dan ingin mengambil pengajaran daripadanya. Hakikatnya yang jelas menggambarkan model kehidupan orang mu’min yang amat menakjubkan. Apabila Rasulullah menyatakan bahawa orang mu’min yang kuat adalah lebih dicintai oleh Allah, maka pada ketika itu orang mu’min dituntut untuk bersungguh-sungguh menjadi jaguh dalam segenap bidang kehidupannya.

Antara aspek yang paling penting dalam pembinaan kekuatan adalah penjagaan kesihatan dan aktiviti fizikal yang mampu meningkatkan tahap stamina, kecergasan dan kekuatan tubuh badan. Islam bukan agama yang rigid dan hanya mengongkong umatnya agar beribadah dimasjid semata-mata, akan tetapi umat islam menuntut agar setiap peribadi muslim menjaga kesihatannya dan meningkatkan kekuatan tubuh badannya.

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki… “

Al-Anfal : 60 (more…)

Perkhemahan Integrasi 2008 Serlahkan Potensi Ikhwah & Akhawat 2 December, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
2 comments

Perkhemahan Integrasi 2008 yang berlangsung baru-baru ini di Keda Resort, Bendangman, Sik meninggalkan seribu kenangan dan menggamit memori lama ikhwah & akhawat yang menyertainya. Program bermula dengan Qiamullail di Pejabat Isma diikuti dengan perjalanan seawal jam 5 pagi menuju ke lokasi perkhemahan. Surau R & R Gurun Subuh Jumaat itu menjadi saksi semangat para peserta. Tiba di lokasi jam 7 am, Ustaz Fisol Md Isa membasahkan minda peserta dengan penyampaian bersemangat Wahai Pemuda yang digali dari mutiara risalah Imam Syahid Hassan Al Banna.

Dalam program ini, ikhwah menjalani latihan lasak ala tentera bermula dengan permainan merempuh halangan yang mencabar diikuti dengan modul-modul permainan dalam air yang memerah keringat. Hujan renyai-renyai diwaktu malam tidak menjadi penghalang ikhwah dalam permainan “War Game” yang berlanjutan hingga jam 12.30 am. Akhawat juga tidak ketinggalan dengan permainan-permainan menarik yang disusun bersesuaian dengan kapasiti akhawat yang banyak telah menjadi ibu. (more…)