jump to navigation

Kem Lepasan SPM Kedah 2008 27 November, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti, Krim.
1 comment so far

Kelab Remaja Isma Kedah (KRIM) buat pertama kalinya akan menganjurkan:

KEM LEPASAN SPM 2008

Tarikh: 18 -20hb Disember, 2008 (Khamis – Sabtu).

Tempat: Kem Sintok, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tempoh: 3 hari & 2 malam

Yuran peserta: RM50 seorang

Peserta: Pelajar lepasan SPM 2008

PENGENALAN

Kem Lepasan SPM 2008 merupakan program yang pertama kali dianjurkan oleh KRIM Kedah bagi pelajar-pelajar lepasan SPM di seluruh negeri Kedah khususnya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM untuk menentukan hala tuju pendidikan masing-masing ke peringkat pengajian tinggi tidak kira sama ada di luar negara ataupun tempatan. Program ini juga diharapkan akan membuka ruang kepada KRIM untuk membina hubungan baik dengan pelajar-pelajar sekolah. (more…)

Sa’id Bin ‘Amir Al-Jumahy 24 November, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY

“Dia telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah dan Rasul atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin) .

SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang dijatuhkan hukuman tanpa alasan. Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang bersesak-sesakkan. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain. Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak-anak dan pemuda, mengiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam perang Badar.

Ketika tawanan yang mereka iring sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika kalian benarkankan, saya ingin solat dua raka’at sebelum saya kalian bunuh….” Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah). Dia solat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna solatnya itu. Sesudah solat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan solat untuk melambat-lambatkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan solat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup-hidup. Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau
kami bebaskan?” “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri….,” jawab Khubaib mantap. “Bunuh dia…! Bunuh dia…!” jerit orang ramai. Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun! (more…)

Perkhemahan Belia Kedah 24 November, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Isma Kedah sekali lagi bergerak aktif dalam dakwah dan usaha-usaha membina manusia. Usaha terbaru adalah dengan program perkhemahan belia yang akan berlangsung pada 27-29 November ini bertempat di Kem Bendangman, Sik Kedah. Perkhemahan ini terbuka kepada belia sekitar Kedah yang berminat dengan Islam dan ingin bersama Isma Kedah dalam usaha-usaha dakwah dan tarbiyyah di bumi Kedah yang tercinta. Jumpa di sana!

Selamat Berjaya Miqdad! 24 November, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
3 comments

Miqdad Bernasyid

Isma Kedah mengambil ruang dan kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Miqdad Bin Fisol (anak Ustaz Fisol pengerusi Biro HRD Isma Kedah) kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Ain Syam, Mesir dibawah tajaan Pusat Rawatan Islam Az Zaharah.

Isma Kedah akan merasai kehilangan Miqdad yang terkenal sebagai Qari jemputan dan penasyid popular dalam setiap majlis anjuran Isma Kedah.

Selamat Berjaya Miqdad, kami doakan agar Allah sentiasa melindungi dirimu dan diberi ketabahan dan ketenangan untuk menuntut ilmu di perantauan.

Seminar Kesihatan Dapat Sambutan Mengalakkan 24 November, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

Panelis Seminar

Tahniah diucapkan kepada Biro Wanita & Keluarga Isma Kedah kerana walaupun dengan usia yang sangat muda telah berjaya buat julung-julung kalinya menganjurkan satu seminar keibubapaan dan kesihatan yang mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat.

Program yang bermula pada jam 9 pagi hari sabtu ini telah dirasmikan oleh Pn. Maslinah Aliah selaku setiausaha Biro Wanita Isma Kedah menggantikan pengerusinya Ustazah Junainah Jaafar yang tidak dapat bersama kerana menghantar anak ke KLIA bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Syam Mesir dalam bidang perubatan. Panel-panel yang hadir adalah Dr. Murizah Zain, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Sultanah Bahiyah, Pn. Azyati, Pakar Pemakanan Hospital Langkawi, Dr. Zulkifli Yusof, Pakar Hidung Telinga & Tekak juga dari Hospital Sultanah Bahiyah dan Ustaz Yahya Nayan, Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Menengah Alawiyah Perlis.

Input-input yang diberikan oleh panel-panel seminar amat baik dan rata-rata peserta melahirkan rasa puas hati atas pengisian seminar ini dan mengharapkan ia dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Insyaallah, slaid seminar akan dimasukkan dalam laman web ini untuk rujukan semua pada minggu hadapan

Tahniah Akh Md.Noor Pengerusi KRIM 24 November, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far

Akh Md. Noor

Seluruh warga ISMA Kedah mengucapkan tahniah kepada Akh Md. Noor dan Isteri yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. Moga-moga diberi keberkatan sepanjang kehidupan berumahtangga dan diberi kekuatan untuk terus beramal bagi MEMBUAT NEGERI INI SELALU TERSENYUM (Moto Md. Noor)

Kuliah Selasa 24 November, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
2 comments

Ustaz Fisol sedang menyampaikan kuliah

Sukacita dimaklumkan bahawa ISMA Kedah akan menganjurkan kuliah selasa (ala-ala Hadith Tsulasa’) pada setiap hari Selasa bertempat di pejabat ISMA di Taman Suasana Damai. Kuliah akan bermula pada jam 800 malam hingga 10 malam dan akan disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Fisol Md Isa dan Ustaz Yahya Nayan. Semua Ikhwah & Akhawat dijemput hadir.

Untuk mengelakkan gangguan anak-anak, satu perkhidmatan penjagaan pada malam kuliah akan disediakan di rumah akh Shakirin yang terletak di belakang pejabat.

Kuliah pertama telah berjalan minggu lepas dengan dihadiri oleh ahli-ahli Isma Kedah seramai 30 orang. Insyaallah minggu ini kuliah akan berjalan seperti biasa.

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan? 19 November, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Bila ditanya soalan diatas kepada kita, apa jawapan yang kita akan jawab agaknya? Rasanya pastilah yang waras akalnya akan menjawab hidup untuk makan, tapi rasa-rasanya ada juga yang akan tersasul jawab hidup untuk makan kot. Sebenarnya dalam makna soalan tersebut, ada kaitan dengan matlamat hidup kita.

Orang yang hidup untuk makan menjadikan agenda dan keutamaan yang paling utama dalam hidupnya adalah untuk makan dan memuaskan nafsu semata-mata. Tiada yang penting baginya selain dari memuaskan nafsu makan, tidur, bermewah dan berhibur. Apa yang penting dalam hidupnya adalah perutnya sentiasa kenyang dan nafsunya sentiasa puas. Hidupnya tidak ada matlamat jangka panjang yang jelas, masanya dihabiskan untuk perkara yang ada kaitan dengan perut dan nafsu sahaja. Bangun pagi fikir pasal makan, buat kerja sekejap, fikir pasal makan lagi, malam fikir pasal makan lagi, makan pula sentiasa nak yang sedap-sedap. Pakaian sentiasa nak yang ada kelas, kereta nak yang hebat-hebat, rumah nak yang paling luas. Hujung minggu pula fikir macamana nak berseronok, dalam alam kariernya sentiasa difikirkan macamana nak dapatkan kenaikan pangkat, bonus dan kontrak, supaya kehendak nafsunya sentiasa dapat dipenuhi. Tiada beza golongan ini dengan ayam, kambing, lembu, itik dan binatang ternak yang lain.

Bagi golongan seperti ini, hidup hanyalah untuk memuaskan hawa nafsu, agama ditolak ketepi, hidupnya kosong dari perjuangan dan tujuan hidup yang mulia.

Bagaimana nilaian Allah pada golongan ini? Mari kita tengok sama-sama :

“Orang-orang kafir itu mereka makan dan minum seperti mana binatang ternak makan dan minum, azab neraka adalah tempat tinggal mereka” Muhammad:12

Nauzubillahiminzalik, harap-harap kita tak termasuk dalam golongan seperti ini, kalau boleh kita nak masuk dalam golongan yang kedua iaitu golongan yang makan untuk hidup. Golongan yang makan untuk hidup ini hawa nafsu tidak dapat menguasai dirinya, hidupnya ada matlamat yang jelas dan mulia, makan dan harta baginya hanyalah wasilah untuk mencapai matlamat hidup yang mulia tadi. Setiap detik hidupnya dalam perjuangan, hidupnya diabdikan untuk tuhan yang esa, golongan ini telah membuat satu transaksi perniagaan yang menguntungkan dengan pemilik sekalian alam. Hebat golongan seperti ini, mari kita tengok apa balasan Allah pada golongan seperti ini :

“Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang agung.” Saff:12

Kita ni masuk dalam golongan mana? Tepuk dada, tanyalah pada hati…

Seminar Kesihatan & Pendidikan anak-anak 8 November, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti, Wanita.
add a comment

SEMINAR KESIHATAN DAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Tarikh : 22 November, 2008.

Tempat : Dewan Mahsuri, Taman Siswa, Jitra, Kedah.

Yuran Penyertaan : RM15.00 seorang

Hubungi :

Ustazah Junainah 019-573 5536

Puan Mazlina 019-563 3213

Puan Hasifah 019-911 0477

Pendaftaran :

Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 November, 2008.

Seminar kesihatan dan pendidikan anak-anak adalah salah satu daripada aktiviti biro wanita & keluarga ISMA. Menyedari peripentingnya anak-anak dalam sesebuah institusi keluarga, biro keluarga telah menyusun satu aktiviti untuk tarbiyah aulad dengan menggabungkan dua elemen penting iaitu kesejahteraan fizikal dan ruhani. Justeru itu program ini memberi penekanan kepada dua elemen utama iaitu kesihatan dengan membincangkan topik-topik seperti kesihatan di dalam kandungan, pemakanan anak-anak serta masalah hidung dan telinga pada kanak-kanak. Manakala bagi perkembangan ruhani pula, ibubapa akan didedahkan dengan pendekatan Islam terhadap pendidikan anak-anak serta cara-cara untuk memantapkan peribadi anak-anak mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Islam.Seminar ini terbuka kepada semua ibu bapa. Diharap usaha yang sedikit ini dapat mengesani masyarakat dan menyedarkan semua terhadap kepentingan tarbiyah aulad. Anak kita adalah harta kita. (more…)

Terasakah kita 3 November, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

Terasakah kita

Bila futur membela diri

Sedang kita

Menunding sana sini

Terasakah kita

Bila sahabat diuzuri

Menanti untuk diziarahi

Sedangkan kita terlalu sibuk

Lupa untuk meletakkan ziarah

Sebagai agenda kita pada suatu hari

Terasakah kita

Bila kita tidak diziarahi

Tetapi setiap cuti kita

Habis untuk cuti-cuti kita sahaja

Terasakah kita

Bila walimah kita tidak dikunjungi

Sedangkan kita

Bila ada yang mengundangi

Sarat dengan seribu teka teki

Terasakah kita

Bila ada yang tidak menghargai

Sedangkan kita

Susah untuk menghormati dan memuji

Terasakah kita

Bila ada yang menguzlahkan diri

Sedang kita

Sibuk urusan sendiri

Terasakah kita

Bila ukhuwah mula dikaburi

Sedangkan kita

Masih dengan teori itu ini

Terasakah kita

Bila iman kian menyepi

Sedang kita

Sejuk dalam selimut sendiri

Terasakah kita?.. sensatifkah kita?..

~ Azzahra Julai 2008 ~