jump to navigation

Pejabat Baru Isma Kedah 23 October, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
1 comment so far
Pandangan sisi
Pandangan sisi

Pandangan Hadapan

Alhamdulillah, hanya itulah kalimah yang bersesuaian untuk menggambarkan betapa gembiranya ahli-ahli Isma Kedah setelah akhirnya dapat masuk juga ke pejabat yang telah lama ditunggu-tunggu.

Untuk pengetahuan, pejabat baru Isma Kedah ini (seperti gambar diatas) adalah sebuah rumah bungalow 2 tingkat, mempunyai 5 bilik dan 3 bilik air. Keluasan dalam rumah agak sedikit terhad tetapi mempunyai halaman yang sangat luas.

Insyaallah pejabat ini akan digunakan untuk aktiviti kuliah, mesyuarat, seminar, jamuan, qiam dan pelbagai lagi aktiviti yang dirasakan sesuai dengan kapasiti pejabat. 

Lokasi pejabat ini dirasakan agak strategik kerana terletak berdekatan dengan lebuhraya dan bandar Jitra

Mudah-mudahan pejabat baru Isma Kedah ini akan menjadi pemangkin kepada amal-amal dakwah yang lebih berkualiti di bumi Kedah tercinta.

Semua ahli Isma dari seluruh pelusuk dunia adalah dijemput untuk membuat lawatan ke pejabat kami yang serba ringkas ini, mudah-mudahan dengan kunjungan antum, pejabat ini akan lebih makmur dan meriah.

Alamat lengkap adalah seperti berikut :

No 75, Taman Suasana Damai

Bandar Darulaman 06000 Jitra Kedah

Fikrah Kami Fikrah Islam 22 October, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
2 comments

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang dibawa oleh ISMA, nak bawa ke mana dan nak bawak Islam yang macamana? Bak kata orang dakwah, ISMA ni bawak fikrah apa?

Sebelum kita memahami fikrah ISMA ni fikrah apa, ada baiknya kita memahami kepentingan kefahaman Islam yang sahih terlebih dahulu.

Maksud memahami Islam dengan kefahaman yang sahih atau sejahtera adalah memahami Islam seperti mana yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Kefahaman Islam yang sahih ini diibaratkan oleh Ibn Qayyim ibarat cahaya yang dicampakkan kedalam hati hambanya sehingga dia mampu untuk membezakan antara yang benar dengan yang batil. (more…)

Tarbiyyah-Siri 2 14 October, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

Tarbiyah

 

Pada bahasa:

التربية لغة : إيصال شىء إلى الكمال تدريجيا.

Ertinya menyampaikan sesuatu ke arah kesempurnaan dengan secara beransur-ansur.

 

Berdasarkan pengertian ini kita dapat simpulkan bahawa tarbiyah adalah proses sesuatu untuk menuju ke arah kesempurnaan. Ianya akan berjalan sedikit demi sedikit dan akhirnya akan lengkap dan sempurna. (more…)

Siri Kesihatan Isma Kedah-Fibroid 14 October, 2008

Posted by ismakedah in Kesihatan, Wanita.
3 comments

Fibroid atau nama saintifiknya “leiomyoma” adalah sejenis ketumbuhan yang terjadi pada rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi pada wanita sehingga dianggarkan lebih kurang 20% dari wanita mempunyai fibroid. Punca sebenar fibroid tidak dapat dikenalpasti tetapi kemungkinan besar bersangkut dengan hormon estrogen iaitu hormon yand dihasilkan oleh kilang telur. Justeru itu fibroid akan mengecut selepas putus haid dimana pada waktu itu hormon estrogen berada pada tahap yang sangat rendah. Faktor risiko lain untuk mendapat fibroid adalah mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai fibroid dan mempunyai bilangan anak yang sedikit atau tiada anak. (more…)

Jamuan Hari Raya Isma Kedah Meriah 13 October, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Jitra-11 Oktober : Majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan Isma Kedah di Sekolah Kebangsaan Jitra 3 telah mendapat sambutan meriah. Majlis tersebut telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terlibat dengan program-program anjuran Isma secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah pelajar-pelajar sekolah, pelajar Universiti, ibu bapa dan rakan taulan ahli Isma Kedah.

Antara aktiviti-aktiviti dalam majlis ini adalah tazkirah oleh Ustaz Fisol, persembahan nasyid oleh kumpulan Miqdad dan Insaniah, persembahan sajak dan pertandingan mewarna bagi anak-anak dan tidak dilupakan jamuan yang merupakan sumbangan dari ahli-ahli Isma Kedah sendiri. Berikut adalah antara beberapa gambar yang sempat dirakamkan dari lensa wartawan Isma Kedah pada hari tersebut.

Persembahan nasyid oleh kumpulan Miqdad & Taman Pulai Jaya

Persembahan nasyid oleh kumpulan Miqdad & Taman Pulai Jaya

 

Antara jemputan yang hadir

Antara jemputan yang hadir

Pelajar Sekolah Sultan Abdul Halim

Pelajar Sekolah Sultan Abdul Halim

Antara generasi dakwah masa depan yang hadir

Antara generasi dakwah masa depan yang hadir

Selamat Hari Raya Dari Isma Kedah 9 October, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Selamat Hari Raya, Moga Allah menerima amal-amal kita di bulan Ramadhan. Teruslah kekal bersama dengan semangat Ramadhan, moga dipertemukan lagi kita dengan Ramadhan yang akan datang.

Jangan lupa Jamuan Hari Raya Isma Kedah pada 11 Oktober ini, semua dijemput hadir beramai-ramai….

Isma Kedah Bersemangat Mencari Al Qadr 9 October, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment
Sesi Perbincangan Rukun Faham

Sesi Perbincangan Rukun Faham

Kg. Lahar Malau-Ikatan Muslimin Malaysia Kedah baru-baru ini telah berjaya menganjurkan program Iktikaf Ramadhan bertempat di Masjid Kg Lahar, Malau, Jitra. Program yang disertai oleh ahli-ahli Isma Kedah diadakan sempena mencari malam al Qadr ini bermula dari Khamis hingga Zohor hari Sabtu. Antara pengisian program iktikaf ini adalah perbincangan-perbincangan hangat tentang isu-isu kefahaman Islam dalam Risalah Taalim dan siri tadabbur ayat al Quran yang dikendalikan oleh Ust Fisol Isa dan Dr. Zulkifli Yusof. Dipenghujung program, Isma Kedah telah memberikan sumbangan berupa barangan asas kepada penduduk kampung dan sedikit sumbangan ikhlas terhadap masjid.

Penerima Sumbangan

Penerima Sumbangan

Pihak Isma Kedah disini ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh ahli dalam menjayakan program ini. Adalah diharapkan agar komitmen sebegini dapat dikekalkan pada masa-masa akan datang agar Isma Kedah dapat terus berkembang dan menyebarkan dakwah Islam yang suci kepada masyarakat.