ISMA Kedah Manfaatkan 10 Akhir Ramadhan 25 September, 2008
Posted by ismakedah in Aktiviti.add a comment
Program Iktikaf Ramadhan Isma Kedah akan diadakan di Masjid Malau, Jitra bermula Khamis hingga Sabtu, semua ahli dijemput hadir.
Ayuh semua, manfaatkan 10 akhir Ramadhan, Lailatul Qadr hanyalah anugerah buat mereka yang mencarinya
Jumpa Disana!
Hayati video anak-anak Palestin ini:
Quadran Kehidupan 18 September, 2008
Posted by ismakedah in Aktiviti.add a comment
“Antara keelokan Islam pada seseorang itu adalah apabila dia meninggalkan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya”
Hadith 12 : Hadith 40
Masa berlalu dengan sangat pantas, sedar tak sedar, kita dah masuk fasa ke 3 Ramadhan, rasa-rasanya macam baru beberapa hari je berpuasa, pantas betul pergerakan masa sekarang ni. Harap-harapnya amal kita makin bertambah dan makin giat kita mencari malam lailatul qadr. Susunlah masa agar 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan ni dapat kita optimumkan dengan bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan dan keampunan buat membebaskan diri dari api neraka.
Begitu juga lah dengan usia kita, semakin hari semakin bertambah, tahun depan mungkin ada antara kita yang dah nak mencecah usia kerasulan, ada pula yang dah meninggalkan alam remaja dan mula masuk ke alam dewasa, yang kanak-kanak mencecah masuk ke alam remaja dan yang dulunya bayi kini mula mencecah usia kanak-kanak. Hakikatnya kita semakin lama semakin tua, namun satu persoalan? Sudahkah kita menguruskan kehidupan kita dengan cara yang sistematik untuk mencapai tujuan dan matlamat hidup kita. (more…)
Dialog Ruhiyah 7 September, 2008
Posted by ismakedah in Wanita.add a comment
Hubungan rumahtangga antara Rasulullah dan Aishah manjadi ikutan kepada umat baginda hingga akhir zaman. Kehidupan rumahtangga yang bukan sahaja harmoni malahan memiliki landasan ruhiyah yang sangat kental. Rasulullah merupakan contoh yang terbaik dalam pembentukan dialog ruhiyah antara suami dan isteri. Allah merahmati seorang lelaki yang bangun pada malam hari, kemudian dia membangunkan isterinya. Apabila isterinya menolak, dia merenjiskan air ke wajah isterinya. Begitu juga sebaliknya.
Kasih sayang Allah akan turun kepada suami dan isteri yang mengajak pasangannya berdialog secara ruhiyah. Tentu saja ajakan itu dilakukan dengan cara yang mesra sehingga tidak menimbulkan kemarahan. Daripada anjuran Rasulullah ini, jelas sekali bahawa satu kerjasama perlu dilakukan oleh suami dan isteri dalam rangka untuk bertaqarrub kepada Allah. Kerana itulah tujuan utama didirikan rumahtangga. (more…)
