jump to navigation

Siri Dakwah For Dummies : Mengapa Berdakwah? 28 August, 2008

Posted by ismakedah in Motivasi, Tazkirah.
1 comment so far

Dakwah, satu kalimah yang mungkin selalu kita dengar dalam kehidupan kita sehari-hari. Mungkin ketika berbual dengan kawan-kawan di pejabat, atau dalam tazkirah di masjid dan surau. Apabila ditanya kepada masyarakat kebanyakan berkenaan pengertian dakwah, maka macam-macam versi pengertian dakwah akan diberi mengikut pemahaman masing-masing. Ada yang mungkin mengertikan dakwah dengan kerja-kerja mengajak orang jadi baik je ataupun ajak orang pergi masjid semata-mata. Ada juga yang memberi pengertian bahawa dakwah ini adalah kerja-kerja untuk mengajak kepada yang makruf dan membanteras kemungkaran. (more…)

Yahoo! I am a Muslim! 24 August, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti, Krim.
add a comment

Pada 16 Ogos 2008 yang lalu, bertempat di Dewan Mahsuri, Jitra, Kedah, Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Kedah telah berjaya menganjurkan program Yahoo! I am a Muslim!. Program yang diadakan sempena cuti sekolah ini telah menarik seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 hingga 5 di sekitar negeri Kedah. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan kesedaran dan rasa cinta kepada agama selain dapat membina ukhuwah antara remaja dan ahli-ahli KRIM Kedah. Selain itu, program ini juga sedikit sebanyak dapat memperkenalkan KRIM kepada remaja terutama di negeri kedah. (more…)

Kenapa Palestin? 22 August, 2008

Posted by ismakedah in Tazkirah.
add a comment

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini. (more…)

Artikel bersiri (1) 19 August, 2008

Posted by ismakedah in Motivasi, Tazkirah.
add a comment

Kenapa Kita Memerlukan Kepada Tarbiyyah?

Ramai orang mengetahui bahawa ilmu adalah penting tetapi kebanyakan mereka tidak rajin membaca dan belajar. Ramai orang mengetahui bahawa ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah tetapi masih ramai yang tidak beramal dengan ilmunya. Ramai orang mengetahui tentang besarnya ganjaran menyampaikan ilmu tetapi masih ramai yang tidak menyampaikannya. Semua orang mengetahui bahawa semua amalan perlu ikhlas tetapi jarang sekali kita lihat tanda-tanda orang yang benar-benar ikhlas. (more…)

Tiga hakikat 12 August, 2008

Posted by ismakedah in Motivasi, Seni kehidupan, Tazkirah.
add a comment

Tiga hakikat penting berkaitan dengan dakwah kita yang kita bawa melalui ISMA ini, saya harap saudara fahami dengan sungguh-sungguh. Saya akan menyebutkan dengan ibarat yang ringkas dan pendek supaya mudah diingati. (more…)

YAHOO! I am a MUSLIM!!! 6 August, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti, Krim.
5 comments

Kelab Remaja ISMA Kedah sekali lagi akan menganjurkan program pada cuti sekolah nanti:

(more…)

Siri Kesihatan ISMA Kedah- Pendarahan di peringkat awal mengandung 3 August, 2008

Posted by ismakedah in Kesihatan, Wanita.
add a comment

Seseorang wanita yang mengandung boleh mengalami gejala pendarahan di awal usia kandungannya. Pendarahan ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa sebab seperti keguguran, kandungan luar rahim (ectopic) atau kandungan anggur (molar pregnancy). (more…)

Laporan Kem Ibadah SMSAH 1 August, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti, Krim.
add a comment

Pada 10 Julai, 2008 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Guru Panatia Agama dan Kaunselor Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH) telah menganjurkan Kem Ibadah 2008 yang berlangsung selama dua hari satu malam. Program ini melibatkan seramai 125 orang pelajar tingkatan lima yang bermula pada petang Khamis dan berakhir selepas solat Jumaat. Antara objektif progam ini adalah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. (more…)

Infertiliti 1 August, 2008

Posted by ismakedah in Aktiviti.
add a comment

Tidak dapat dinafikan, dalam satu ikatan perkahwinan setiap pasangan menginginkan kelahiran zuriat. Anak bukan sahaja sebagai penyejuk mata tetapi juga sebagai kesinambungan baka dan kehidupan. Tetapi, tidak semua pasangan dianugerahkan anak. Infertiliti atau kemandulan adalah satu masalah yang semakin meningkat dewasa ini. Satu dalam sepuluh atau 10% pasangan mengalami masalah infertiliti. (more…)