Epilog Kehidupan 31 May, 2008
Posted by ismakedah in Seni kehidupan.add a comment
Epilog Kehidupan
kerindusn pada suatu yang hakiki
mengheret diri
mencari yang pasti
untuk dinobatkan dihati
yang telah lama ditumbuhi
mazmumah dan karat-karat jahili
lantaran akal diinjak nafsu sendiri
gamitan peristiwa semalam
menghiris pilu yang terhiris
meniup sumbu pelita iman
lalu terpadamlah cahayanya
di tengah lautan manusia
yang hanyut dalam mengejar duniawi
dan akhirnya jatuh tersungkur
di persada sebuah epilog kehidupan
hidayah menyapa
bersama hembusan similir
lembut mengetuk pintu hati
yang kian lama dikunci
ku cuba nyalakan kembali
sumbu pelita yang telah terpadam
walau nyalaannya masih berjelaga
agar dapat ku hayati
keindahan sabda pesuruh Mu
gemersik merdu kalam Mu
di celah rekahan jemari
di hujung zikir dan ayat suci
air mata keinsafan mengalir sepi
rebah dalam keagungan malam
mengharap keampunan
dari Rabbul Izzati
sebelum jasad
terbujur kaku
hasil nukilan
~ sahabat seislammu ~
Duka seorang anak 29 May, 2008
Posted by ismakedah in Motivasi.add a comment
Cuti sekolah memang sentiasa saya nantikan kerana inilah masanya untuk saya dan keluarga berkesempatan pulang ke rumah ayah bonda tercinta. Walaupun keluarga suami terletak di bandaraya kuala lumpur, tetapi kami tetap mengatakan kepada anak “ kita nak balik kampung”. Jumaat tengahhari bermulalah perjalanan kami pulang ke kampung. Apabila kereta masuk sahaja ke Kuala Lumpur, hati saya terdetik… Oh Kuala Lumpur dimanakah damai mu? Apa tidaknya baru sahaja kami menjejak ke bandar ini, tak semena-mena kami dihon oleh kereta dibelakang… Lambat benarkah kami??? Berada dalam deretan kereta yang bertali arus (kami sampai pada awal malam), benar-benar menyesakkan perasaan… Lantas saya memulakan sembang-sembang bersama suami tercinta. (more…)
60 Tahun Penuh Penderitaan 21 May, 2008
Posted by ismakedah in Berita.3 comments
60 tahun, itulah tempoh masa yang telah dilalui oleh rakyat Palestin dalam kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan, Mei merupakan ulangtahun sambutan malapetaka atau bencana besar yang sedang dilalui oleh rakyat Palestin kini. Mereka mengenangnya sebagai Nakbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan Negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada Mei 1948. (more…)





