Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kedah

Entries from April 2008

Pelancaran Blog ISMA Kedah

20 April, 2008 · 1 Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dipanjatkan ke hadrat ilahi dengan taufik dan inayahNya serta diiringi dengan ketekunan dan kegigihan para moderate, blog ISMA Kedah dapat dilancarkan dengan jayanya. Saya selaku Ketua Perhubungan Negeri ISMA Kedah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ikhwah dan akhawat yang telah mencurahkan buah fikiran dalam membina dan menyunting bahan-bahan untuk diterbitkan dan seterusnya menjayakan pelancaran Blog ISMA Kedah. Semoga usaha berkenaan akan diberkati oleh Allah. s.w.t. (more…)

Categories: Berita

Mulakan…

10 April, 2008 · Leave a Comment

bebek_namaz.jpg

Kiriman Dr. Ridzuan,

Mulakan harimu dengan zikirullah,

Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,

Mulakan doamu dengan alhamdulillah,

Mulakan kerjamu dengan bismillah,

Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,

Mulakan taubatmu dengan keinsafan,

Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,

Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,

Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,

Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,

Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengahkiran yang mulia

Categories: Motivasi

Teka-teki Imam al-Ghazali

7 April, 2008 · Leave a Comment

kematian_melayu1.jpg

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
(more…)

Categories: Tazkirah

Waqafat ketika Menunaikan Haji

3 April, 2008 · Leave a Comment

kabbah011.jpg

Bersama Dr.Ridzuan

Assalamualaikum wrt.wbh.

Sebelum kalam dilanjutkan, izinkan saya memohon kehadrat ilahi semoga dikurniakan sifat ikhlas dalam bicara dan jauhi sifat riya`, ujub dan takabbur. Semoga perkongsian pengalaman ini memberi sedikit pedoman dan manfaat kepada bakal-bakal haji, insyaalah…. Sebenarnya sejak berada di Tanah suci saya berazam untuk berkongsi beberapa pengajaran sepanjang perjalanan menunaikan fardhu haji baru-baru ini, antaranya; (more…)

Categories: Tazkirah